awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATAM kerjasama dengan pemain industri di Krabi, bangunkan asnaf Perlis
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Gempa bumi sederhana landa Laut Jawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
27/01/2026
02:30 MYT
Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau
Dibina untuk masa depan yang lebih hijau, kilang mesra alam AMB telah memperoleh pensijilan berprestij Green Building Index (GBI) Emas. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
KUALA LUMPUR: Perubahan iklim dan cabaran alam sekitar kini semakin dirasai dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Cuaca yang kian panas dan tidak menentu, peningkatan jumlah sisa pembuangan, serta keperluan untuk mengurus sumber secara lebih bertanggungjawab menjadikan isu kelestarian bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan mendesak.

Ringkasan AI
  • Perubahan iklim dan cabaran alam sekitar kini semakin dirasai dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Cuaca yang kian panas dan tidak menentu, peningkatan jumlah sisa pembuangan, serta keperluan untuk mengurus sumber secara lebih bertanggungjawab menjadikan isu kelestarian bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan mendesak.
  • Dalam menghadapi realiti ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memantapkan komitmennya untuk membina masa depan yang lebih hijau dan lestari. Berpandukan keyakinan bahawa perubahan bermakna bermula daripada tindakan yang konsisten, syarikat ini melaksanakan pendekatan menyeluruh yang mengimbangi keperluan alam sekitar, masyarakat dan perniagaan.
  • Di sebalik setiap produk yang digunakan oleh rakyat Malaysia, terdapat rangkaian operasi yang sentiasa ditambah baik bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Ajinomoto (Malaysia) Berhad melaksanakan penggunaan teknologi penjimatan tenaga, inisiatif kitar semula, proses pengurangan sisa serta pengurusan sumber secara lebih cekap di seluruh fasilitinya.

Dalam menghadapi realiti ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memantapkan komitmennya untuk membina masa depan yang lebih hijau dan lestari. Berpandukan keyakinan bahawa perubahan bermakna bermula daripada tindakan yang konsisten, syarikat ini melaksanakan pendekatan menyeluruh yang mengimbangi keperluan alam sekitar, masyarakat dan perniagaan.
Perjalanan kelestarian AMB berteraskan empat prinsip utama yang menjadi asas kemajuan jangka panjang iaitu amalan perniagaan beretika, promosi kesihatan dan gaya hidup lebih baik, pemuliharaan alam sekitar serta pemerkasaan individu dan komuniti.
Keempat-empat prinsip ini mencerminkan kepercayaan AMB bahawa kelestarian sebenar bukan sekadar melibatkan penjagaan alam sekitar tetapi turut merangkumi aspek kemanusiaan, etika serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
AMB mengguna pakai pembungkusan mono-material dan penyelesaian mesra alam bagi mencapai sasaran Sifar Sisa Plastik menjelang 2030. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB mengguna pakai pembungkusan mono-material dan penyelesaian mesra alam bagi mencapai sasaran Sifar Sisa Plastik menjelang 2030. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Di sebalik setiap produk yang digunakan oleh rakyat Malaysia, terdapat rangkaian operasi yang sentiasa ditambah baik bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Ajinomoto (Malaysia) Berhad melaksanakan penggunaan teknologi penjimatan tenaga, inisiatif kitar semula, proses pengurangan sisa serta pengurusan sumber secara lebih cekap di seluruh fasilitinya.
Walaupun usaha ini jarang disedari pengguna, ia memainkan peranan penting dalam menyokong sasaran global Kumpulan Ajinomoto untuk mengurangkan impak alam sekitar sebanyak 50 peratus menjelang 2030. AMB terus berinovasi dalam operasinya bagi memastikan amalan kelestarian dilaksanakan secara praktikal dan berkesan.
Masyarakat sentiasa menjadi teras kepada segala yang dilakukan oleh AMB. Syarikat ini komited menyokong komuniti setempat dengan menyumbang kepada pembangunan tempatan dan kesejahteraan masyarakat sekali gus memberi impak positif kepada semua pihak.
Pada Tahun Kewangan 2025, AMB telah bekerjasama dengan sekolah, agensi kerajaan serta Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam pelbagai inisiatif berhubung pendidikan, kesihatan, kesejahteraan dan pemerkasaan belia.
Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program bimbingan dan kebajikan serta bengkel pembangunan kemahiran yang bertujuan membawa perubahan bermakna dalam kehidupan masyarakat.
AMB dan AIESEC Johor Bahru bekerjasama mempromosikan kesejahteraan dan mengurangkan pembaziran makanan menerusi inisiatif TOO GOOD TO WASTE™️. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB dan AIESEC Johor Bahru bekerjasama mempromosikan kesejahteraan dan mengurangkan pembaziran makanan menerusi inisiatif TOO GOOD TO WASTE™️. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Selain tindakan terhadap alam sekitar, fokus kelestarian syarikat turut memberi penekanan kepada pemerkasaan komuniti. Ajinomoto (Malaysia) Berhad secara aktif menyokong pendidikan belia, pembangunan kemahiran serta kerjasama dengan sekolah, NGO dan organisasi tempatan.
Program-program ini bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda Malaysia, memupuk bakat masa depan dan memperkukuh komuniti yang menjadi asas kepada pertumbuhan negara. Pendekatan ini mencerminkan nilai masyarakat Malaysia yang mementingkan semangat saling membantu serta kemajuan bersama.
Dalam masa sama, pemeliharaan amalan perniagaan beretika kekal sebagai elemen penting dalam pendekatan kelestarian syarikat. AMB menekankan ketelusan, pematuhan serta tadbir urus yang bertanggungjawab bagi memastikan setiap operasi dijalankan dengan integriti dan keadilan.
Pengurusan rantaian bekalan secara beretika, proses membuat keputusan yang bertanggungjawab serta pematuhan berterusan terhadap peraturan membantu membina kepercayaan dan memperkasa prinsip bahawa kelestarian mesti berpaksikan tanggungjawab moral.
Inovasi pula terus menjadi pemacu utama kemajuan kelestarian AMB. Syarikat ini sentiasa meneroka teknologi baharu dan kaedah pengeluaran yang lebih bersih bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, sambil meningkatkan kualiti serta nilai nutrisi produk.
Daripada penambahbaikan pembungkusan hinggalah penggunaan sumber yang lebih cekap, usaha inovasi ini mengukuhkan komitmen AMB terhadap kelestarian jangka panjang serta menyumbang kepada usaha global ke arah penggunaan dan pengeluaran yang lebih bertanggungjawab.
Menjelang 2030, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menetapkan visi masa depan di mana kelestarian, kesejahteraan komuniti dan amalan perniagaan bertanggungjawab bergerak seiring. Visi ini selari dengan aspirasi Kumpulan Ajinomoto untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat global sambil mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
AMB memajukan agenda kelestarian dengan pemasangan panel solar bagi mengurangkan jejak karbon serta menyokong sasaran tenaga boleh diperbaharui Malaysia. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB memajukan agenda kelestarian dengan pemasangan panel solar bagi mengurangkan jejak karbon serta menyokong sasaran tenaga boleh diperbaharui Malaysia. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Kelestarian merupakan tanggungjawab bersama. Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyedari bahawa walaupun syarikat terus menambah baik operasi dan inisiatifnya, setiap rakyat Malaysia turut memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih hijau.
Dengan membuat pilihan yang lebih bijak, mengurangkan pembaziran dan menyokong jenama yang bertanggungjawab, perubahan besar dapat dicapai secara kolektif.
Berteraskan nilai yang jelas, tujuan yang kukuh dan visi berpandangan jauh, Ajinomoto (Malaysia) Berhad komited membina masa depan di mana rakyat dapat makan dengan baik, hidup lebih sihat dan berkembang dalam dunia yang bersih serta hijau.
AMB meneruskan usaha membina masa depan lestari dengan setiap tindakan berhemah yang membawa impak bermakna untuk semua.
Topic Berkaitan
#Ajinomoto Malaysia Berhad
#bahan masakan
#perubahan iklim
#kelestarian
#alam sekitar
#kitar semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan