awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menelusuri sejarah Kuching, 32 tahun bergelar Bandar Raya

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2020
12:22 MYT
Menelusuri sejarah Kuching, 32 tahun bergelar Bandar Raya
Kuching genap 32 tahun bergelar 'Bandar Raya' pada 1 Ogos 2020. Melihat kembali garis masa, Kuching telah melalui arus transformasi yang progresif merangkumi pembangunan fizikal dan sosial. -Gambar Ihsan Sarawak Aritok
Bermula dari hanya sebuah pekan kecil dikelilingi perkampungan Melayu, kini Bandar Raya Kuching, Sarawak diwarnai dengan pelbagai infrastruktur menarik dan bangunan ikonik.
Transformasi yang bermula sejak 32 tahun yang lalu jelas menggambarkan visi ibu negeri itu untuk menjadi sebuah bandar yang seimbang dari aspek digital dan budaya.
Menelusuri sejarah pembangunan fizikal dan keharmonian masyarakat yang kekal sehingga kini, penduduk, Jaafar Abong, 65, menceritakan kisahnya membesar di bandar raya itu.
“Bandaraya Kuching melalui perubahan yang cukup ketara. Ia boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
“Jika dahulu, di seberang bandar Kuching, hanya terdapat penempatan masyarakat Melayu.
“Tetapi kini, pelbagai infrastruktur ikonik dapat dilihat. Contohnya, Jambatan Darul Hana, Dewan Undangan Negeri yang baharu dan masjid terapung yang kini menjadi tarikan khasnya buat para pelancong,” kongsinya bersama Astro AWANI.
Tambah Jaafar, ulang tahun ke-32 Kuching sejak ia diisytiharkan berstatus ‘bandar raya’ pada 1 Ogos 1988 amat menggamit nostalgia buat dirinya.
Ujar anak jati Sarawak ini, arus transformasi bandar itu amat pesat dan landskapnya berubah 360 darjah.
Pembangunan pesat menjadi daya tarikan buat pelancong.
Pembangunan pesat menjadi daya tarikan buat pelancong.
Struktur penempatan masyarakat di situ walau bagaimanapun katanya masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
“Di seberang sungai terdapat sebuah penempatan yang dikenali sebagai kampung Gersik. Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu.
“Struktur rumah mereka dibina menggunakan kayu belian dan kayu nibong. Struktur rumah sangat kuat kerana ia dibina berdasarkan struktur ‘rumah palang kayu’.
“Tidak sama seperti sekarang di mana kebanyakannya dibina menggunakan batu konkrit,” tambah beliau.
Landskap Kuching pada masa lalu. -Gambar Ihsan Jaafar Abong
Landskap Kuching pada masa lalu. -Gambar Ihsan Jaafar Abong
Kembali pada garis masa ketika zaman pemerintahan James Brooke, kata Jaafar, Kampung Gersik dipenuhi dengan pedagang dari India, China, Pakistan dan Indonesia.
Ini kerana, kawasan itu dahulunya berfungsi sebagai pelabuhan.
Jelas Jaafar, Kedatangan pedagang ke pelabuhan yang dikenali sebagai ‘Cochin’ tersebut secara tidak langsung menambah populasi penduduk di bandar raya itu.
Brooke Dockyard yang telah wujud sejak 1912.
Brooke Dockyard yang telah wujud sejak 1912.
Bercerita lanjut, secara harfiahnya, situasi kemunculan pedagang-pedagang dari serata dunia itu secara tidak langsung merancakkan lagi ekonomi Sarawak. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan India Street dan Carpenter Street.
India Street diberi nafas baru dengan tambahan fasiliti terkini bagi memudahkan urusan jual beli orang ramai.
India Street diberi nafas baru dengan tambahan fasiliti terkini bagi memudahkan urusan jual beli orang ramai.
“Jika anda melalui sekitar kawasan tebingan Kuching, terdapat sebuah restoran dikenali sebagai James Brook Bistro yang dahulunya merupakan tapak stesen minyak tertua.
“Mod pengangkutan utama masyarakat ketika itu pula adalah perahu tambang dan kereta api,” kata beliau.
Restoran James Brooke Bistro di tebingan Kuching ini pernah menjadi tapak kepada kepada stesen minyak tertua di Sarawak.
Restoran James Brooke Bistro di tebingan Kuching ini pernah menjadi tapak kepada stesen minyak tertua di Sarawak.
Mendalami sejarah itu, Jaafar mengambarkan terdapat sebuah kereta api tujuh gerabak dari kawasan ‘Market Street’ yang mula beroperasi sejak Ogos 1915.
Katanya, teknologi itu dibawa ke Sarawak oleh Rajah Charles Vyner Brooke.
Antara keistimewaan Kuching pada masa itu adalah kereta api yang menghubungkan Kuching sehingga ke kawasan Batu 10. -Gambar Ihsan The Patriot
Antara keistimewaan Kuching pada masa itu adalah kereta api yang menghubungkan Kuching sehingga ke kawasan Batu 10. -Gambar Ihsan The Patriot
Namun kini, generasi muda tidak berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api tersebut kerana operasinya telah dihentikan sepenuhnya dan diganti dengan infrastruktur jalan raya.
Beliau menambah, laluan bersejarah itu kini diabadikan dengan nama Jalan Kereta Api.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Bandar Raya Metropolis
#Jaafar Abong
#James Brooke
#Kuching
#Sarawak
#Sejarah Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan