MEMULAKAN pagi dengan secangkir kopi, mungkin menjadi pilihan dalam kalangan segelintir individu terutamanya bagi mereka yang 'kuat bekerja'.
Namun, walaupun minuman itu sangat popular dalam kalangan masyarakat di serata negara, tetapi masih wujud perdebatan apakah pengambilan kopi tidak baik untuk kesihatan?
Ini mungkin kajian yang 'memberi kelegaan' kepada pengemar-pengemar minuman berkafien itu.
Memetik laporan Sputnik International, satu kajian yang dijalankan melibatkan hampir setengah juta orang selama sedekad mendapati pengambilan antara 0.5 dan tiga cawan kopi yang dikisar atau 'ground coffee' setiap hari berkemungkinan memanjangkan hayat seseorang.
Penyelidikan melibatkan 468,629 responden itu membahagikan mereka kepada tiga kategori iaitu mereka yang tidak minum kopi langsung, mereka yang mengambil 0.5 hingga tiga cawan kopi sehari, manakala kumpulan terakhir pula terdiri daripada mereka yang mengambil lebih daripada tiga cawan sehari.
Sukarelawan yang terlibat dalam kajian berkenaan dipilih dari UK Biobank dan mempunyai purata umur 56 tahun dan semua responden yang terlibat dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit jantung.
Kajian dijalankan bersama oleh penyelidik dari Universiti Semmelweis di Budapest dan Queen Mary University of London itu menunjukkan kira-kira 58 peratus daripada responden terlibat adalah peminum kopi pada tahap sederhana, dan kira-kira 22 peratus tidak minum kopi langsung.
Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Preventive Cardiology itu mendedahkan pengambilan sehingga tiga cawan kopi dikisar sehari mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit jantung atau strok iaitu masing-masing sebanyak sebanyak 17 dan 21 peratus.
Sekitar 3.4 peratus peminum kopi tahap sederhana dilaporkan meninggal dunia semasa tempoh kajian, berbanding 3.7 peratus orang yang tidak minum kopi.
Manakala, kira-kira empat peratus daripada kumpulan pengambilan kopi yang tinggi meninggal dunia dalam tempoh kajian.
Bagi kumpulan peminum kopi - memilih kopi tanpa kafein, 1/4 menikmati biji kisar dan selebihnya minum kopi segera, kajian mendapati terdapat manfaat kesihatan yang boleh diperolehi walaupun dengan mengambil kopi tanpa kafein.
Menurut pengarang bersama kajian dan pengarah Pusat Pengimejan Perubatan di Universiti Semmelweis, Dr Pál Maurovich-Horvat, pihaknya menganalisis imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) terhadap peserta untuk mengukur kesan pengambilan kopi secara tetap terhadap kesihatan jantung.
"Kami mendapati bahawa penggunaan kopi pada tahap rendah hingga sederhana secara konsisten bermanfaat untuk kesihatan jantung, dengan cadangan bahawa ia boleh melambatkan usia (panjangkan umur) - berkait dengan perubahan jantung," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengarang bersama dari Queen Mary University of London, Dr Zahra Raisi-Estabragh menjelaskan mengapa hanya pengguna kopi yang dikisar mendapat manfaat daripada minuman tersebut.
"Kebanyakan peserta minum sama ada kopi yang dikisar atau segera.
"Kopi yang dikisar dalam jumlah sederhana dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah - tetapi faedah ini tidak ditemui dalam kalangan peminum kopi segera yang biasa," katanya.
"Alasan di sebalik itu (kematian) mungkin ia ada kaitan dengan penghasilan antara kopi kisar dan kopi segera kerana ia mengandungi bahan tambahan yang berbeza," tambahnya lagi.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Hasimi Muhamad
Sun Feb 20 2022
Sekitar 3.4 peratus peminum kopi tahap sederhana dilaporkan meninggal dunia semasa tempoh kajian, berbanding 3.7 peratus orang yang tidak minum kopi. - Foto/PEXELS
1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.
Banjir 2024: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.
UAE nyatakan solidariti dengan mangsa banjir di Malaysia - Duta
UAE telah menyatakan solidariti kepada Malaysia ketika banjir yang melanda beberapa negeri mengakibatkan kematian.
Misi mempelopor wilayah Sarawak sebagai 'Bateri Rantau Asia'
Sarawak Energy Berhad sekali lagi melakar kejayaan untuk dua tahun berturut-turut dalam peranannya memperjuangkan kelestarian alam serta membudayakan strategi pengurusan mampan apabila diberi pengiktirafan pada malam Anugerah Kelestarian Forward Faster 2024, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB). Dua pengiktirafan iaitu Anugerah Forward Faster (Kewangan dan Pelaburan) dibawah kategori syarikat besar serta Anugerah Tindakan Iklim bagi institusi bukan pelaburan dan bukan kewangan) membuktikan syarikat yang mempelopori industri tenaga di Bumi Kenyalang ini serius dengan komitmennya memacu aspirasi hijau wilayah itu yang semakin berkembang pesat di rantau Asia. Berkongsi intipati kejayaan, Astro AWANI menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datu Sharbini baru-baru ini.
Pakatan pemerintah Ireland hilang majoriti dalam PRU
Pakatan pemerintah Ireland gagal memperoleh 88 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 29 Nov.
YTL GenConnect: Perkasa kerjasama multigenarasi, pacu budaya inklusif
Pengarah Eksekutif Pembinaan YTL, Yeoh Keong Yuan berkata, forum GenConnect: Building Better Together ini meraikan kekuatan kolaborasi antara generasi melibatkan perkongsian pengalaman, pembelajaran bersama, dan membina kekuatan berdasarkan apa yang setiap generasi mampu sumbangkan.
PMI Malaysia turun ke 49.2
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia, yang mengukur kesihatan pengeluaran negara, mereda kepada 49.2 pada November berbanding 49.5 pada bulan sebelumnya.
Jumlah penumpang udara Malaysia terus meningkat
Angka tersebut meningkat 13% kepada 8 juta orang pada Oktober, disokong oleh penambahan tempat duduk, pengenalan laluan penerbangan baharu, serta kelonggaran visa untuk pelancong China dan India.
Mahkamah AS tolak pakej gaji US$56 bilion Elon Musk sekali lagi
Mahkamah AS mengekalkan keputusannya untuk menolak pakej pampasan bos Tesla Elon Musk bernilai US$56 bilion, meskipun mendapat sokongan daripada pemegang saham Tesla.
Minum kopi kisar sehingga tiga cawan mampu panjangkan hayat - Kajian
Ini mungkin kajian yang 'memberi kelegaan' kepada pengemar-pengemar minuman berkafien itu.