awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mona Ke Daerah M' sindir sistem pendidikan negara

Shafizan Johari
Shafizan Johari
24/12/2018
00:21 MYT
'Mona Ke Daerah M' sindir sistem pendidikan negara
'Mona Ke Daerah M' yang dipentaskan selama tiga malam sejak Jumaat lalu berjaya mencipta magis apabila membuktikan 20 anak-anak yatim dan tanpa dokumen boleh jadi pelakon. Foto Eyie Yusoff
Mona Ke Daerah M yang dipentaskan selama tiga malam sejak Jumaat lalu berjaya mencipta magis apabila membuktikan 20 anak-anak yatim dan tanpa dokumen boleh menjadi pelakon.
Malah, mengagumkan, mereka turut memegang watak-watak utama dalam naskah teater itu yang dipentaskan secara langsung di hadapan audien yang besar.
Diterbitkan oleh Teach For The Needs (TFTN) sebuah badan amal yang memperjuangkan isu pendidikan kepada kanak-kanak marginal, naskah ini dibintangi pelakon-pelakon cilik yang berusia antara 10 dan 16 tahun.
Mereka merupakan anak-anak yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan tidak mempunyai sebarang didikan dan pendedahan awal dalam bidang teater.
Menariknya, mereka berjaya mendalami semua asas bidang teater sehingga ke pengolahan tubuh dan proses mendalami skrip dalam tempoh kurang tiga minggu.
Mengenai naskah 'Mona Ke Daerah M', aktivis teater Fasyali Fadzly berpendapat, naskah nukilan Amar Amir ini menampilkan naratif mudah tetapi menjentik penonton untuk berfikir.
"Sistem pendidikan negara disindir dengan baik oleh penulis naskhah dan membuatkan penonton bertanya-tanya apakah bentuk pendidikan yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak."
Bercerita mengenai aspirasi di sebalik pementasan naskah ini, penerbit 'Mona Ke Daerah M', Zulfikri Zamir Munir berkata, impiannya bukan besar tetapi cukuplah untuk memberikan pelakon-pelakon cilik ini pengalaman untuk mereka bawa sehingga mereka dewasa kelak.
"Saya tidak mengimpikan anak-anak ini nanti membesar sebagai pelakon terkenal atau menyertai program realiti TV untuk menjadi artis.
"Cukup buat saya anak-anak ini faham bahawa hidup adalah sebuah perjalanan panjang yang memerlukan mereka menjadi manusia serta kembali memaknai kemanusiaan."
Mona Ke Daerah M mengisahkan watak Mona, lakonan Nur Nabila Aisyah, yang terpaksa masuk ke Daerah M demi mencari adiknya Hana yang dibawa lari oleh Mega, watak kartun popular, yang dijayakan oleh Amerul Affendi.
Dengan ditemani Bobby, patung beruang kesayangannya, Mona menempuh pelbagai cabaran di Daerah M sebelum akhirnya bertemu Mega.
Ini merupakan pementasan ketiga buat TFTN yang tampil dengan naskah "Kota Kelip-Kelip" pada tahun 2015 dan 2016.
Topic Berkaitan
#hiburan
#Kanak-kanak
#lakonan
#marginal
#miskin bandar
#pendidikan
#teach for the needs
#teater
#TFTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan