Hujan monsun yang kini melanda negara tidak merencatkan persiapan masyarakat Hindu untuk menyambut perayaan Deepavali minggu depan.
Walaupun hujan turun setiap hari di ibu kota, masyarakat India tetap mengunjungi gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah tradisional mereka terutama yang menjual murukku dan manisan untuk dihidangkan kepada tetamu.
M. Sundraraj, 54, yang berniaga pelbagai jenis kuih tradisional kaum India sejak 28 tahun lepas, berkata permintaan terhadap kuih muih itu tahun ini terutama murukku amat manggalakkan.
"Permintaan itu bukan sahaja daripada pelanggan yang datang membeli ke gerai saya tetapi juga tempahan besar daripada syarikat korporat dan pemimpin politik," katanya.
Sundraraj yang memiliki enam gerai di sekitar Jalan Masjid India yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, berkata bagaimanapun jumlah permintaan yang diterima belum mencapai sasaran.
Ini mungkin disebabkan cuaca yang sentiasa hujan setiap hari yang menyukarkan pelanggan datang membeli belah, katanya yang menjual 40 jenis kuih tradisional India itu, antaranya jelebi, gulab jamun dan pelbagai jenis halwa.
Beliau yang mewarisi perniagaan ayahnya itu berkata kuih-kuih manisan dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna.
Bagi kaum India, sambutan Deepavali tidak meriah dan bermakna tanpa hidangan kuih muih tradisional seperti nei urundai iaitu kuih yang diperbuat daripada kacang dal digaul dengan minyak sapi dan adhirasam daripada tepung beras dan dimasak dengan air gula, katanya.
Mengenai murukku, beliau berkata ada pelbagai jenis yang dijual termasuk muruku dal campur, pakoda dan achu murukku atau yang lebih dikenali sebagai kuih loyang di kalangan orang Melayu.
Sundaraj berkata semua kuih yang dihasilkannya menggunakan tepung beras yang diproses sendiri, susu dan minyak sapi asli bagi mengekalkan keaslian kuih itu.
"Semua manisan yang ada di gerai saya disediakan mengikut cara tradisional demi mengekalkan resipi asal kuih itu. Sepanjang perniagaan saya, kuih manisanlah yang mendapat sambutan baik bukan sahaja daripada masyarakat India, malah amat diminati oleh orang Melayu dan Cina," katanya.
Sementara itu, V Perumaloo, 58, yang menjual kuih laddu dari Gombak, berkata permintaan terhadap kuihnya yang berwarna kuning dan jingga itu semakin bertambah berbanding tahun lepas.
"Selepas menjamu selera dengan makanan pedas pada Deepavali, tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pemanis mulut seperti laddu, kesari, halwa lobak dan kandi kelapa," katanya.
Perumaloo yang berniaga sejak 25 tahun lepas, berkata tahun ini laddunya bukan sahaja mendapat sambutan daripada pelanggan di Kuala Lumpur, tetapi juga dari Pulau Pinang.
Seorang lagi peniaga, K. Nanthakumar, 49, yang menjalankan perniagaan omapodi sejak 2002, berkata makanan pembuka selera tidak manis yang dijualnya itu menerima sambutan yang menggalakan.
Beliau yang mewarisi perniagaan neneknya itu turut menjual Mysore Pak, Palkova, Jaangiri dan Kal urandai.
"Perayaan Deepavali boleh disambut tanpa mercun, tetapi tidak boleh disambut tanpa kuih dan manisan tradisional kaum India," katanya.
Bernama
Thu Nov 08 2012
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.