awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen harap OKU jual 'lunch box' sepopular nasi lemak anak dara

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/10/2016
09:30 MYT
Netizen harap OKU jual 'lunch box' sepopular nasi lemak anak dara
Hairul, seorang OKU, terpaksa melupakan cita-citanya demi menjaga ibunya yang sakit. Foto/Facebook Hairul Anuar
DIA bukan sesiapa, jauh sekali seorang selebriti yang popular di mata masyarakat. Namun kecekalannya yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk berbakti kepada ibu tercinta, menjadikan dia hero dan inspirasi ramai.
Nama Hairul Anuar mula menjadi sebutan ramai sejak semalam apabila status yang dimuat naiknya di akaun Facebook mendapat perhatian.
Hairul, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran, terpaksa menyara diri dan keluarga dengan menjual set makan tengah hari (lunch box set), biarpun mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan, kerana ingin menjaga ibunya yang lumpuh separuh akibat strok.
Dalam perkongsiannya, Hairul berkata, dia sudah lebih tiga tahun menjaga ibunya yang sakit dan terpaksa melupakan impian untuk mengejar cita-citanya untuk tujuan itu.
Dia yang mempelajari ilmu masakan daripada ibunya sebelum jatuh sakit, mendapat idea untuk memulakan perniagaan itu daripada pengikutnya di Facebook.
Netizen nyata tidak lokek untuk berkongsi status Hairul itu dengan harapan ia sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada peningkatan hasil jualannya.
Rata-ratanya berpendapat, jika orang ramai boleh bersatu hati dalam memviralkan kisah nasi lemak anak dara, maka seharusnya cerita Hairul yang istimewa ini diberi perhatian yang sama.
Hasilnya, status Hairul itu sudah dikongsi lebih 19 ribu kali, dan menerima lebih 52 ribu likes setakat ini.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hairul Anuar
#OKU
#orang kelainan upaya
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan