awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen mahu caj penggunaan internet lebih rendah

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
04/02/2016
06:14 MYT
Netizen mahu caj penggunaan internet lebih rendah
Tinjauan Pengguna Mudah Alih Global 2015 edisi Asia Tenggara kendalian firma antarabangsa Deloitte mendapati 51 peratus masyarakat Malaysia berpuas hati dengan kelajuan internet semasa - Foto Unsplash
ORANG awam khususnya netizen memberi respon terhadap Tinjauan Pengguna Mudah Alih Global 2015 edisi Asia Tenggara kendalian firma antarabangsa Deloitte melalui undian yang dijalankan di laman web dan akaun Twitter Astro AWANI.
Soalan yang diberikan dalam undian berkenaan ialah:
“Apakah penambahbaikan paling kritikal untuk perkhidmatan internet di Malaysia pada masa ini?”
Sebanyak empat pilihan diberikan kepada netizen iaitu meningkatkan kelajuan internet, menambahkan kuota data, meluaskan liputan rangkaian, dan merendahkan caj penggunaan internet.
Lebih 600 undian diterima di laman web dan 4,100 undian di akaun Twitter.
[UNDIAN] Apakah penambahbaikan paling kritikal untuk perkhidmatan internet di Malaysia pada masa ini? #AWANInews
— Astro AWANI (@501Awani) February 2, 2016
Majoriti netizen dengan undian 45 peratus di laman web dan 39 peratus di Twitter meluahkan keinginan agar caj penggunaan internet direndahkan.
Hal ini dilihat sebagai tindak balas masyarakat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat dan keadaan ekonomi semasa yang mencabar.
Keputusan undian di laman web dan Twitter berbeza untuk pilihan penambahbaikan seterusnya. Di tempat kedua, pembaca di laman web lebih cenderung kepada penambahan kuota data manakala pengguna Twitter mahukan peningkatan kelajuan internet.
Netizen bagaimanapun bersetuju bahawa penambahbaikan dari aspek liputan rangkaian tidak kritikal pada masa ini.
BACA: Perkhidmatan penstriman video naik taraf kualiti jalur lebar
BACA: Kerajaan tumpu kepada kelajuan, liputan dan kemampuan internet negara - Salleh
BACA: Kit Siang tidak sedar tentang pelbagai kelajuan internet di Malaysia - Salleh
BACA: KKMM kaji internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu dimiliki
BACA: Malaysia duduki ranking keempat dalam indeks internet mampu milik - Salleh
BACA: Seluruh Perlis bakal dapat perkhidmatan internet sepenuhnya menjelang akhir 2016
Topic Berkaitan
#Deloitte Global Mobile Consumer Survey 2015
#kelajuan internet Malaysia
#Tinjauan Pengguna Mudah Alih Global 2015
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan