NAMPAK seperti satu cabaran minda yang ringkas untuk kanak-kanak, namun siapa sangka ia sebenarnya memeningkan kepala.

Satu teka-teki berteraskan Matematik menjadi perkongsian netizen di laman sosial, dengan majoriti mengeluh akan kesukaran mendapatkan jawapan yang tepat.

Dinamakan Fruit Algebra atau Algebra Buah-Buahan, tidak dapat dipastikan siapa yang mereka teka-teki ini.

Secara ringkas, ia memerlukan peneka mencari jawapan kepada nilai tambah dan tolak kepada imej buah-buahan yang ditunjukkan dalam rajah.


Kebanyakan jawapan yang diteka adalah 14 dan 16, dengan majoriti bersetuju jawapan paling tepat ialah 14.







Namun The Mail Online melaporkan, seorang profesor Matematik di Universiti Central Lanchashire, England, Dr. Kevin Bowman berpendapat, jawapan paling tepat berkemungkinan adalah lebih daripada satu.