RANGKAIAN pasaraya popular di Amerika Syarikat (AS), Walmart melancarkan program penghantaran dron yang akan menghantar kit ujian COVID-19 ke rumah dalam radius 1 kilometer dari premis mereka di utara Las Vegas.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada eksperimen Walmart menggunakan dron.

Pelanggan akan menerima teks daripada DroneUp ketika ujian Quest Diagnostics (DGX) sedang dalam perjalanan.

Bergantung kepada lokasi, kit akan diturunkan di jalan masuk atau halaman belakang rumah.

Penghantaran, yang memakan masa hanya lima minit, adalah percuma.

Sampel kemudian boleh dihantar melalui FedEx ke makmal Quest, dan keputusan pula dikeluarkan secara digital dalam tempoh dua hari.

Program perintis ini memberikan gambaran bagaimana dron dapat digunakan di masa depan untuk membuat penghantaran yang lebih cepat, tanpa memerlukan kontak.

"Kami berharap penghantaran kit melalui dron akan membantu mereka kemampuan ujian tanpa sentuh pada skala yang lebih besar dan meningkatkan cara inovatif Walmart merancang dalam menggunakan penghantaran dron pada masa akan datang," kata Tom Ward, Naib Presiden Kanan produk pengguna Walmart, dalam catatan blog.

Minggu lalu, Quest dan Walmart mengumumkan bahawa ujian COVID-19 kini dapat dijalankan di lebih 500 lokasi farmasi pandu lalu Walmart di AS.