Fesyen nyata menjadi kegilaan orang ramai lebih-lebih lagi bagi golongan wanita. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk kelihatan bergaya dan dikaitkan dengan istilah ‘fashionista.’

Perkara ini telah dibuktikan melalui pelancaran pakaian eksklusif baru-baru di beberapa negara.

Keadaan menjadi huru-hara di beberapa cawangan jenama H&M di seluruh dunia pada 5 November 2015 susulan pelancaran jenama pakaian Balmain x H&M.

Media sosial kini dibanjiri dengan rakaman video serta gambar peminat teruja yang menyerbu ke dalam kedai untuk mengambil apa sahaja yang boleh dicapai.

Berikut adalah gambar situasi pelancaran jenama pakaian Balmain x H&M di seluruh dunia.

MALAYSIA

Sebuah rakaman video telah dikongsi oleh Elle Malaysia menerusi laman Instagramnya.

Dalam rakaman tersebut, pembeli dilihat serbu salah satu cawangan H&M di Kuala Lumpur sebaik sahaja ia dibuka untuk merebut membeli pakaian koleksi Balmain.

Di Malaysia, pelancaran Balmain dilancarkan di dua cawangan H&M, iaitu H&M Lot 10 dan H&M Avenue K.

Harga jualan untuk pakaian bermula dari RM300 dan boleh mencecah lebih dari RM1,000.



LUAR NEGARA

Di beberapa negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, pembeli dilihat sanggup beratur semalaman untuk menjadi antara pembeli pertama pakaian H&M Balmain.







Di Georgia, cuaca yang hujan tidak menghalang pembeli untuk beratur di luar kedai H&M sehingga dibuka.

Berikut adalah keadaan di Dubai:


Pakaian Balmain x H&M merupakan kerjasama H&M bersama dengan pereka fesyen Olivier Rousteing (Balmain).

Ia telah dilancarkan pada 5 November 2015 di seluruh dunia dan antara koleksi pakaian mereka ialah jaket pakaian tuxedo, jumpsuit monokrom, kot, jaket tentera serta seluar satin.



balmain
Koleksi Balmain x H&M

balmain
Koleksi Balmain x H&M

xxx
Koleksi Balmain x H&M