KUALA TERENGGANU: Seorang pelukis memanfaatkan masanya yang terluang ketika ini memandangkan bengkelnya tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, dengan menghasilkan lukisan mural yang kreatif dan unik.
Mohd Rozamil Mohd Yatim, 34, menghiasi sebahagian dinding simen di bengkel miliknya di Kampung Raja Barang, Chendering, di sini dengan lukisan yang memaparkan sebuah rumah kayu klasik dengan latar belakang perkampungan tradisional tahun 1980-an.
"Idea ini datang secara spontan kerana saya teringat kenangan manis ketika berada di rumah kayu bersama nenek satu ketika dahulu. Tak sangka pula ramai yang suka dan kagum dengan hasilnya setelah saya muat naik di Facebook.
"Mungkin kerana lukisan rumah kayu ini menggamit kenangan mereka waktu kecil dahulu, lagipun kebanyakan rumah sekarang ini diperbuat dari simen, tentulah lukisan ini dapat mengubat kerinduan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Lukisan mural di dinding bengkel berkeluasan sembilan meter lebar dan tiga meter tinggi itu berjaya menarik perhatian netizen kerana selain rumah kayu, ia turut memaparkan suasana zaman dahulu dengan tandas pintu zink, ampaian, pokok kelapa, burung, ayam ternakan, kain batik dan tempayan di tepi tangga rumah.
Mohd Rozamil berkata, beliau mengambil masa seminggu untuk menyiapkan lukisan mural dinding itu menggunakan warna asas iaitu hitam, putih, coklat dan hijau.
"Kos hanya RM85 sahaja kerana saya banyak gunakan peralatan dan cat sedia ada. Lukisan ini dijangka mampu bertahan untuk tempoh lima tahun. Ramai juga yang mahu datang ke sini untuk bergambar kenangan selepas tamat tempoh PKP 3.0 nanti, termasuk bakal pengantin.
"Selain itu, saya turut terima tawaran untuk lukisan mural dinding di Kuala Lumpur selepas lukisan rumah kayu ini tular.... tengok nanti jika sesuai dengan harga mungkin saya terima," katanya yang mula menjadi pelukis sepenuh masa sejak tahun 2005.
Bapa kepada dua anak itu berkata beliau bersyukur kerana karya terbaharu itu mampu menonjolkan lagi bakatnya sekaligus menjadi 'iklan' perniagaan di media sosial.
Tambahnya, lukisan dinding itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang sahaja kerana beliau lebih gemar menjadikan lukisan teknik 'air brush' di topi keledar, kereta dan motosikal sebagai sumber pendapatan utama perniagaannya.
Mohd Rozamil berkata, hasil karyanya sebelum ini banyak ditempah orang kenamaan, peminat sukan permotoran dan sukan lumba kuda, termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Malah beliau pernah membantu mengumpul dana tabung COVID-19 melalui sebahagian keuntungan hasil jualan lukisan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di topi keledar pada tahun lepas.
"Harapan saya pandemik COVID-19 cepat berakhir agar saya boleh meneruskan perniagaan seperti biasa dan menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan melalui bakat seni yang ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Lukisan mural di dinding bengkel berkeluasan sembilan meter lebar dan tiga meter tinggi itu berjaya menarik perhatian netizen. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Potret terakhir pelukis Gustav Klimt catat rekod jualan GBP85.3 juta
Potret terakhir hasil sentuhan pelukis Gustav Klimt sebelum kematiannya, dijual pada harga GBP85.3 juta (AS$108.4 juta) dalam acara lelongan di London, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pelukis terkenal, Yusuf Gajah meninggal dunia
Yusuf meninggal dunia dalam tidur dan disedari isterinya awal pagi tadi. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampungnya di Negeri Sembilan.
Derita dikisahkan dalam karya.. Potret Frida Kahlo kini hasil seni termahal Amerika Latin
Karya itu seolah-olah membayangkan masalah yang membelenggu rumah tangganya dengan pelukis Mexico, Diego Rivera.
Pelukis manfaatkan masa terluang PKP 3.0 hasilkan karya baharu
Idea ini datang secara spontan kerana saya teringat kenangan manis ketika berada di rumah kayu bersama nenek satu ketika dahulu.
Pelukis Mesir berganding bahu, kumpul dana buat kanak-kanak Palestin
Pengasas Galeri Art Talk, Faten Mostafa berkata, 60 peratus hasil seni yang dipamerkan dijual dalam tempoh tiga jam.
Kombinasi budaya Malaysia dalam seni lukis Itali
Ali menggunakan cat minyak atas kanvas supaya nampak lebih menarik dan lebih dekat dengan jiwa masyarakat Malaysia berdasarkan luahannya terhadap peristiwa sosial, budaya dan politik Malaysia.
'Sedih karya diconteng tapi kami tak serik untuk hasilkan mural lagi' - Pelukis mural gergasi
Muhamad Firdaus berkata beliau dan rakan-rakan pada awal lagi pernah menjangka hasil seni mereka itu ada kemungkinan akan dirosakkan pihak tertentu.
Balai Seni Negara sahkan penurunan karya Ahmad Fuad Osman
Balai Seni Negara berhak menurunkan karya-karya yang menyentuh maruah mana-mana individu, agama, politik, bangsa, adat dan negara.
Pelukis komik berunsur propaganda beri keterangan di Bukit Aman
Polis telah mengambil keterangan pelukis komik bertajuk 'Inisiatif Jalur Dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama' petang semalam di Bukit Aman
Mona Lisa 'terbang' ke Malaysia
Balai Seni Negara bawa hasil karya Leonardo Da Vinci untuk tontonan peminat menerusi pameran Leonardo Opera Omnia.