KUALA LUMPUR: Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda golongan itu.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata pendedahan terlalu awal kepada media akan meningkatkan risiko kanak-kanak terpengaruh dengan elemen yang mungkin tidak sesuai dengan kategori umur mereka.
"Tentu sekali kita tidak mahu menafikan hak kanak-kanak untuk mendapatkan informasi tetapi informasi harus disampaikan mengikut kesesuaian umur dan di TikTok ini banyak isu sosial malah ada pempengaruh yang berkongsi pengaruh tidak baik.
"Untuk kanak-kanak, perlu ada penapisan sebab mereka lemah, mudah dipengaruhi dan kita rasa patut ada peraturan untuk menetapkan kategori umur penggunaannya berdasarkan tahap kematangan dan apa informasi yang mereka boleh peroleh," katanya kepada Bernama.
Noor Aziah, yang juga Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata pendedahan tidak sesuai dengan usia boleh memberi kesan kepada tingkah laku serta pemikiran generasi muda yang memberi impak kepada jati diri bangsa pada masa hadapan.
Pada Jumaat, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementeriannya bercadang mengadakan jelajah bersama Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keselamatan penggunaan media sosial terutama TikTok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.
Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Mohd Khairie Ahmad pula berkata ciri TikTok yang memaparkan video pendek serta ringkas mungkin meningkatkan ketaasuban kanak-kanak untuk terus menonton kandungan di aplikasi itu.
Beliau berkata biarpun ia menawarkan tetapan untuk pengguna menyaring kandungan yang diakses namun masih tiada jaminan kanak-kanak terselamat daripada terdedah kepada kandungan negatif dan risiko data mereka dimanipulasi.
"Badan konsultan digital antarabangsa DataReportal mendedahkan rakyat Malaysia menghabiskan 38 jam sebulan untuk mengakses media sosial dengan platform tertinggi penggunaan adalah TikTok.
"Jadi dengan tempoh masa itu, terdapat dua kebimbangan iaitu kandungan yang ditonton dan data yang diberikan kepada pengguna sekiranya kanak-kanak ini membuka akaun sendiri kerana pembekal media sosial ini perniagaan mereka adalah berasaskan data dan data ini diambil daripada setiap pengguna serta digunakan bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan yang mereka jual kepada pemain industri lain," katanya.
Mohd Khairie berkata sebarang cadangan penggubalan akta berkaitan keselamatan digital pada masa depan harus mengambil kira pengawalseliaan kandungan media sosial bagi kanak-kanak dan memastikan penguatkuasaan terhadap penyedia perkhidmatan yang menyalahgunakan data.
Beliau turut menekankan peranan ibu bapa dan penjaga untuk mengawal selia penggunaan media sosial oleh kanak-kanak agar mereka tidak ketinggalan dengan teknologi semasa selain tidak terdedah kepada perkara negatif.
"Kita perlu berhati-hati dalam perkara ini kerana kita mahu menyekat penggunaannya namun pada masa yang sama, kita bercakap tentang pendigitalan pendidikan, jadi perlu ada keseimbangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda golongan itu. - Gambar hiasan
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Pemilikan akaun media sosial beri kesan terhadap perkembangan minda kanak-kanak
Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda.