awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat bola sepak tular, Derrick Gan, terima hadiah skuter Modenas

Syahdeen Tahir
Syahdeen Tahir
27/01/2024
15:50 MYT
Peminat bola sepak tular, Derrick Gan, terima hadiah skuter Modenas
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Penyokong Harimau Malaya yang tular di media sosial Derrick Gan dikejutkan dengan penyampai 3 Pagi Era, Radin sejurus tiba di lapangan terbang KLIA.
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan.
“Saya tidak menyangka menerima sebuah motosikal skuter selepas pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan.
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan juga radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan penuh kejutan.
“Ia satu pengalaman yang luar biasa dan menggembirakan dalam hidup saya, serta tidak akan dilupakan.
“Selain itu, skuter ini juga sebagai hadiah istimewa dan simbolik untuk meraikan hari lahir saya pada 28 Januari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Derrick juga berkesempatan membuat panggilan video bersama penjaga gol Malaysia Syihan Hazmi.
Syihan akui berbangga dengan semangat Derrick yang begitu semangat menyokong terhadap pasukan bola sepak negara.
Derrick menjadi tumpuan peminat bola sepak negara selepas menjual motosikal kesayangannya untuk membiayai perjalanan ke Doha.
Dia berbuat demikian untuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya.
Topic Berkaitan
#derrick gan
#harimau Malaya
#penyokong Harimau Malaya
#skuter
#modenas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan