awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAYA HIDUP

Pemuda buta capai 4.00 dalam STPM, dedah kisah zaman belajar

Asyraf Malik
Asyraf Malik
24/06/2025
12:59 MYT
Sponsor Banner
Pemuda buta capai 4.00 dalam STPM, dedah kisah zaman belajar
Fadhlina Sidek (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Terbaik Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) Kategori Buta 2024 kepada pelajar St John's Institution Kuala Lumpur Nik Muhamad Ahnaf Rujhiee Raja Anuar (tengah). - Bernama
KUALA LUMPUR: Kekangan penglihatan bukan pematah semangat untuk Nik Muhammad Ahnaf Ruhjiee mengecapi kejayaan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.
Dengan bantuan tulisan braille, pemuda ini memperoleh keputusan cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam aliran sains sosial.
Selaku pelajar Saint John's Institution di Kuala Lumpur, Nik Muhammad Ahnaf menerima Anugerah Pelajar STPM Terbaik Kebangsaan bagi kategori Calon Berkeperluan Khas, pada Selasa.
Menurut pemuda itu, usaha berterusan dicurahkan untuk mencapai keputusan cemerlang berkenaan.
"Saya sentiasa mengulang kaji pelajaran, banyak buat latihan dan bertanya kepada guru sekiranya tidak faham sesuatu topik.
"Lama-lama saya dapat menguasai pelajaran, Alhamdulillah hasilnya terbukti hari ini," ujar Nik Muhammad Ahnaf ketika Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2024 di Selayang, Selangor pada Selasa.
Sebagai pelajar kurang upaya, perjalanan dilalui Nik Muhammad Ahnaf sudah tentu berliku, namun hatinya tetap cekal.
"Cabaran pertama dihadapi saya adalah menyesuaikan diri dengan pelajar normal, sebab sekolah saya bercampur.
"Pada mulanya saya mengalami kejutan budaya, tetapi seminggu selepas itu, saya dah tahu cara nak bergaul dengan mereka," katanya.
Nik Muhammad Ahnaf kini menyimpan impian bergelar tenaga pengajar dan sedang menunggu keputusan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
"Memang guru adalah cita-cita saya dan profesion sebagai seorang guru ini sangat mulia, dapat melahirkan bangsa yang berilmu," ujarnya penuh keyakinan.
Menjadikan dirinya sebagai contoh, Nik Muhammad Ahnaf memberikan inspirasi bahawa sebarang rintangan dihadapi bukan sebab untuk berputus asa.
Topic Berkaitan
#STPM
#keputusan cemerlang
#pelajar buta
#kekangan penglihatan
#kisah inspirasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami