BARCELONA: Ramtiniwaiti Ramlee, 38, tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari nanti kain songket yang ditenun beliau dari kampung halamannya di Gedong, sebuah bandar kecil di Sarawak, boleh membawanya mengembara ke seluruh dunia.
Beliau yang mula membuat fabrik tenunan tangan tradisional Malaysia pada usia 20-an, kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk mewakili negara dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), inisiatif yang membantu membentuk perniagaan songketnya begitu maju sehingga kini.
Usahawan Nadi yang memenangi anugerah itu berkata beliau terkejut, namun bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia, dan menganggap ia benar-benar amat bermakna dalam dunia beliau dan songketnya.
"Sebelum ini saya dapat anugerah usahawan Nadi terbaik Sarawak, lepas itu saya dijemput mengikuti program di sini. Saya rasa amat terharu dan berterima kasih kepada Nadi di bawah MCMC kerana memberi peluang mengembangkan lagi produk saya di Barcelona, membantu usahawan macam saya," katanya.
Beliau ditemui Bernama di gerai Nadi di Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) di sini.
Songket yang digelar 'Ratu Kain' dalam tenunan Melayu itu ditenun menggunakan 'kek', yakni alat tenun lantai dua pedal tradisional. Produk akhir adalah fabrik halus hasil daripada tenunan mahir selama berbulan-bulan oleh pakar.
Fabrik tenunan tradisional itu juga disenaraikan di bawah Senarai Warisan Budaya Tak Ketara bagi Kemanusiaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merupakan pengiktirafan tertinggi di dunia untuk warisan budaya tidak ketara.
Mengimbas kembali zaman awal tenunannya, Ramtiniwaiti berkata perniagaannya bermula dengan hanya sekumpulan kecil rakan dan komuniti di sekitar rumahnya.
Ketika itulah beliau bertemu dengan Nadi, dan perniagaannya mulai berkembang, dan terus berkembang dengan dengan lebih luas.
"Saya belajar pembuatan songket dari tahun 2006, kemudian saya cari pengalaman mengenai kemahiran tenunan. Bermula sekitar tahun 2014 baru saya mula buat sendiri (jual).
"Selepas saya 'berkenalan' dengan Nadi kira-kira tahun 2018, saya mula aktif secara besar-besaran, dan dari 2019 kami mula berjumpa lebih kerap, berbincang bagaimana nak tahu pasaran, dan saya ikut beberapa latihan yang dibuat Nadi masa itu," katanya.
Sebelum berjumpa dengan Nadi, Ramtiniwaiti yang memiliki Seri Gedong Songket menjual produk-produknya di Gedong, Serian dan Kuching, dengan pendapatan bulanan bawah RM8,000 disebabkan pasaran yang terhad.
"Bagaimanapun selepas kenal dengan Nadi saya mula nampak kita dapat buat banyak lagi produk. Sekarang ini saya boleh jana hampir RM20,000 sebulan untuk jualan.
"Sekarang saya dah ada pekerja sendiri seramai 15 orang, dan saya juga bantu komuniti untuk ambil upah dalam pembuatan songket," katanya dan menambah jualannya kini bukan hanya telah sampai ke Semenanjung Malaysia, tapi juga hingga ke luar negara termasuk Singapura, London dan Kanada.
Dalam menyampaikan penghargaan kepada Nadi dan MCMC, beliau menyuarakan harapan agar kehadirannya di MWC 2024 dapat membantu memberitahu kepda dunia, bagaimana Malaysia telah membantu usahawan seperti beliau menerusi program seperti Nadi.
"Di masa hadapan.. saya juga berharap agar dapat pasarkan produk saya ke seluruh negara dan juga setiap negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Ramtiniwaiti kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk mewakili negara dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), inisiatif yang membantu membentuk perniagaan songketnya begitu maju sehingga kini. - Bernama
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.