awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000

Bernama
Bernama
13/08/2020
11:02 MYT
Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Haliza (dua, kiri) menerima sijil pengiktirafan dari MBOR daripada Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong (dua, kanan) ketika majlis mempersembahkan tudung termahal di dunia bertatahkan kristal Swarovski hari ini. - Bernama
Umpama harga sebuah kereta import, itulah nilai tudung bawal termahal di dunia yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records hari ini.
Pengasas jenama Bawal Exclusive Haliza Masyuri berkata tudung bernilai RM100,000 itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
Jelasnya proses menyiapkan tudung itu mengambil masa selama 320 jam (13 hari) oleh 12 tenaga pekerja di Austria.
"Tudung ini disiapkan di Austria dan merupakan hadiah dan penghargaan daripada pengeluar kristal antarabangsa, Swarovski atas kerjasama yang terjalin sekian lama," katanya dalam majlis memperkenalkan tudung itu di sini, hari ini.
Haliza berkata penghasilan tudung itu diharap dapat mengangkat martabat industri fesyen dan tekstil tempatan di mata dunia.
"Saya mendapat idea untuk menghasilkan tudung ini ketika menghadiri majlis makan malam di ibu pejabat Swarovski di Austria pada 2018.
"Saya begitu terpegun dengan sinaran batu kristal yang mewah bergemerlapan dalam dewan itu dan sejak itu saya berjanji mahu membawa dan berkongsi keindahan itu menerusi tudung bawal ini," katanya.
Tambahnya, tudung itu tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan akan dijadikan bahan pameran di butik baharunya yang dijangka dilancarkan pada 1 Sept ini.
Sementara itu, pengurus jualan Swarovski Malaysia Teo Zi Wei berkata tudung itu merupakan projek paling lama pernah disiapkan syarikat antarabangsa itu.
"Proses pemilihan dan meletakkan batu kristal dilakukan dengan sangat teliti dan tentunya ia merupakan satu cabaran buat pekerja di Austria yang tidak biasa dan sinonim dengan tudung bawal," katanya.
Teo turut berbangga dengan pencapaian ini memandangkan syarikat pengeluar kristal itu juga sering bekerjasama dengan jenama fesyen antarabangsa seperti Dior dan Hermes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#austria
#Bawal Exclusive
#fesyen
#Haliza Masyuri
#kristal
#Malaysia Book of Records
#mbor
#swarovski
#tudung
#voile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan