"SAYA tak cakap semua perempuan macam itu, tapi saya yakin ramai yang macam dia.
"Hati diaorang kering dan tak berhati perut; mereka tidak kenal erti bersama dan hanya mahu yang sempurna.
"Saya cerita ni sebab saya pernah terserempak dengan bekas tunang saya dekat sini," rintih seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai David kepadaku ketika kami sedang berbual di kaki lima Jalan Hang Lekir.
"Yelah bang, KL ni bukan besar mana pun, mesti jumpa punya," aku mencelah.
"Saya tidak kisahkan terserempak tu bang, tapi sakit yang ditinggalkan itu masih tersimpan sampai hari ini," sambungnya.
"Dulu saya ada segalanya, bang," dalam suara yang tersekat-sekat.
"Tapi siapa yang sanggup bang?" soalnya.
Aku hanya membisu dan merenung tepat ke mata David yang sedikit berkaca.
"Saya normal masa itu - ada duit, ada kerja, ada kereta dan memang saya hendak beli rumah masa tu," sambungnya.
"Tapi hari ini saya hilang segala-galanya selepas accident.
"Saya terlantar enam bulan koma, bang," rintihnya.
"Saya hanya ada keluarga angkat dan 'dia' sebagai sokongan hidup masa itu.
"Tapi abang tahu apa jadi selepas enam bulan tu?" tanya David kepadaku.
Aku yakin kali ini bukan lagi saat yang sesuai untuk aku terus membisu tanpa membalas.
"Apa katanya?" tanyaku.
"Dia cakap....kalau you dah cacat macam ini, macam mana you nak tanggung I?" imbaunya pada kenangan pahit yang menikam dirinya yang kini bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).
"Saya baru sembuh dari koma masa itu, bang, dan itu yang saya terima," keluhnya.
"Saya tahu saya lelaki, saya kena kuat.
"Saya faham saya cacat dan kini saya jadi gelandangan selama hampir 10 tahun," jelasnya.
"Demi Tuhan saya tidak jadi begini kerana dia; saya yakin Tuhan nak bagi yang lebih baik dari 'dia'.
"Tapi siapa, bang? Mana perempuan yang sanggup dengan keadaan saya sekarang ini?" tanyanya lagi kepadaku sambil memperlihatkan kecacatan di kedua belah tangan dan kecederaan anggota badan lain akibat kemalangan itu.
Untuk kesekian kalinya pertanyaannya yang satu itu benar-benar membunuh rasa nikmat hidupku seketika kerana aku sendiri tidak pasti apa jawapan terbaik untuk aku berikan.
"Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini," keluhan terakhirnya ini benar-benar menghukumku.
Ikuti lanjutan kisah ini dalam episod 17 "Syah Kaki Lima", Sabtu 22 Julai 2017, 11:15 pagi, di saluran 501 dan di astroawani.com.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Jul 21 2017
"Saya normal masa itu - ada duit, ada kerja, ada kereta dan memang saya hendak beli rumah masa tu, cetus hati David ketika ditemu bual penulis. -Foto Syah Hairizal
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Perempuan baik hanya ada di syurga, bukan di sini'
Bang perempuan baik hanya ada di syurga bang bukan kat sini