Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (Perkeso) giat mengambil langkah proaktif bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat gaya hidup kurang sihat, kata Pengurus Perkeso Cawangan Keningau Rijal Jamaluddin hari ini.
Katanya, penyakit itu kini menjadi isu kesihatan utama di negara ini, yang turut dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan kolesterol tinggi.
"Kita sedang berhadapan dengan keadaan yang menakutkan. Kita bertarung dengan penyakit yang tercipta disebabkan diri (manusia) sendiri," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Saringan Kesihatan dan Advokasi Pencegahan Kemalangan dalam kalangan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini.
Rijal berkata penyakit gaya hidup sekalipun tidak berjangkit, namun memberi kesan yang sangat buruk khususnya dalam kalangan pekerja di negara ini.
"Pekerja tidak mampu untuk menghasilkan kerja bermutu jika menghidap mana-mana penyakit gaya hidup.
Sebab itu Perkeso mengambil langkah proaktif bagi mencegahnya dalam kalangan pekerja di negara ini dengan menawarkan Program Pemeriksaan Kesihatan percuma," katanya.
Rijal turut memberitahu sebanyak 3,185 klinik swasta seluruh negara berdaftar dengan Perkeso sebagai panel program agensi itu, yang bersedia untuk memberikan panduan serta khidmat nasihat mengenai pengurusan penyakit gaya hidup, selain penyakit-penyakit lain seperti masalah jantung dan kanser.
Program itu, yang dilakukan ke atas kakitangan LHDN, meliputi pemeriksaan fizikal dan ujian darah, serta ujian 'pap smear' dan mamogram kepada kakitangan wanita yang dilakukan oleh doktor pakar.
Lima belas orang kakitangan jabatan itu terlibat dalam program pemeriksaan kesihatan itu.
Pada majlis itu, 11 kakitangan LHDN menerima topi keledar Advokasi Pencegahan Kemalangan Janji Selamat Ke Tempat Kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018
Penyakit gaya hidup kini menjadi isu kesihatan utama di negara ini. - Gambar hiasan/staticnak/shutterstock.com
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
Mencegah buta akibat diabetes
Kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.
Pesakit diabetes paling banyak dapatkan rawatan selepas Hari Raya
Keseronokan menikmati juadah hari raya seolah-olah terhenti bagi golongan yang menghidap penyakit kencing manis kerana khuatir jika tersalah makan akan mengakibatkan komplikasi terhadap kesihatan.
Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah