KUALA LUMPUR: Pada bulan Ramadan, perhatian khusus harus diberikan kepada pesakit anoreksia, gangguan emosi berpunca daripada keinginan obsesif untuk menurunkan berat badan dengan enggan makan, kerana mereka mungkin sukar untuk berbuka walaupun selepas tempoh berpuasa berakhir.
Pakar Psikiatri Dr Hijaz Ridzwan berkata pengalaman berbuka puasa boleh menjadi sangat mencabar bagi pesakit Anoreksia kerana mereka sering merasa tidak selesa, baik dari segi fizikal mahupun psikologi.
"Orang yang didiagnosis dengan anoreksia biasanya takut untuk makan atau menambah berat badan. Jadi semasa iftar mereka sama ada kurang makan atau makan berlebihan. Jika mereka makan terlalu banyak, mereka akan mengeluarkan semula apa yang dimakan atau memuntahkannya dan kemudian diselubungi perasaan bersalah.
"Mereka juga mungkin relaps dan sangsi sama ada mereka akan pulih daripada penyakit itu. Ia bukanlah pengalaman yang mudah bagi mereka untuk mengatasi Anoreksia dan berpuasa pada masa yang sama," kata Dr Hijaz dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Dr Hijaz yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata satu peratus daripada penduduk Malaysia disahkan menghidap penyakit ini yang biasanya dihadapi oleh wanita muda dan kanak-kanak berusia seawal 10 tahun.
Menurut Dr Hijaz faktor seperti isu personaliti, penyakit mental, trauma lampau dan persekitaran sekeliling boleh menyebabkan seseorang menghidap Anoreksia Nervosa.
"Sejak beberapa dekad yang lalu, kita telah melihat supermodel digambarkan sebagai orang yang berjaya, gembira dan cantik. Pemikiran persona ini telah diajar di Barat termasuk di Asia, iaitu sesiapa yang kurus dianggap cantik, sihat manakala orang yang sedikit gempal dianggap malas, atau tidak sihat. Ini adalah imej yang dilihat oleh anak-anak dan remaja kita yang semakin meningkat apabila mereka membesar," katanya.
Dr Hijaz juga menekankan bagaimana pesakit anoreksia harus dipantau dengan teliti bukan sahaja oleh doktor mereka tetapi juga kalangan yang rapat dengan mereka.
"Galakkan mereka berbuka puasa dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, kerana kita mahu mereka (pesakit) makan di khalayak ramai supaya mereka tidak kurang atau makan berlebihan dan membina hubungan baik dengan makanan," katanya.
Selain itu, Dr Hijaz berkata beliau juga akan menyesuaikan jangkaan pesakitnya semasa bulan puasa kerana mereka masih dalam proses pemulihan daripada penyakit itu.
"Berpuasa selama 30 hari boleh menjadi satu tugas yang sukar. Saya sering menasihati mereka untuk mengambil satu langkah pada satu masa. Kita biarkan mereka berpuasa hingga zuhur dan esoknya boleh berpuasa hingga maghrib dan jika tidak berjaya teruskan, tidak mengapa," jelas beliau.
Sementara itu, Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fairuz Nazri Abdul Rahman berkata ibu bapa perlu mengelak daripada memberi komen negatif mengenai penampilan dan berat badan anak mereka kerana ia akan membawa mereka kepada diet yang tidak sihat.
"Ibu bapa perlu menegur dengan cara yang betul seperti memotivasikan anak-anak untuk bersenam dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat di rumah," katanya.
Pegawai Dietetik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Dr Muhammad Azif Azizi Md Noh berkata, spesifik kalori akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang rendah jika mereka masih ingin berpuasa walaupun tidak disarankan.
"Kalori preskripsi ini bersifat individual kerana berat badan setiap individu adalah berbeza, oleh kerana itu pesakit perlu mengikut diet pemakanan dan wajib makan tiga kali sehari iaitu semasa sahur, berbuka dan moreh.
"Selain pemantauan berkala saya juga minta pesakit untuk membuat diari pemakanan seminggu sekali dan dari situ kami akan memantau perubahan berat badan mereka sekali gus mengubah 25 kepada 50 peratus diet pemakanan mereka," katanya.
Menurut Dr Azif inisiatif yang turut diterapkan kepada ibu bapa ialah 'Family Based Therapy' yang merupakan sesi perbincangan antara pesakit dan keluarga.
"Dalam sesi terapi ini kami akan meminta kerjasama ibu bapa untuk menyediakan makanan serta memantau pesakit semasa dan selepas makan bagi memastikan mereka tidak ke tandas untuk muntah atau membuang makanan.
Katanya, pesakit Anoreksia berkemungkinan mengalami tulang rapuh, kekurangan zat makanan dan ketidakseimbangan hormon sekiranya mereka berpuasa secara berpanjangan pada bulan Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Orang yang didiagnosis dengan anoreksia biasanya takut untuk makan atau menambah berat badan. Semasa iftar mereka sama ada kurang makan atau makan berlebihan. - Gambar hiasan/Freepik
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Peminat gelar dirinya anoreksia, ini jawapan menyentuh jiwa Ariana Grande
Penyanyi Ariana Grande akhirnya bersuara dan memberi respons terhadap kebimbangan peminat terhadap penampilan terbaharunya.
Pesakit anoreksia yang berpuasa perlu dipantau
Spesifik kalori akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai BMI yang rendah jika mereka masih ingin berpuasa walaupun tidak disarankan.
Adik Ratu Belanda ditemui maut, dipercayai akibat bunuh diri
Adik perempuan Ratu Maxima dari Belanda ditemui maut di Buenos Aires dipercayai akibat membunuh diri.
Selamat tinggal gelanggang WWE, cedera ditendang paksa Paige lupakan gusti
Diva WWE berusia 25 tahun itu cedera di leher selepas ditendang dari belakang oleh lawannya Sasha Bank di Long Island, New York bulan lalu.