awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk jus belanda bukan antikanser - Rosyam Nor

Gempak
Gempak
29/08/2018
14:16 MYT
Produk jus belanda bukan antikanser - Rosyam Nor
Rosyam menegaskan bahawa produk berasaskan durian belanda keluarannya yang diberi nama Adraa bukan produk antikanser. -Gambar fail
PELAKON dan pengacara, Datuk Rosyam Nor menegaskan bahawa produk berasaskan durian belanda keluarannya yang diberi nama Adraa bukan produk antikanser.
Menurut Rosyam, dia bersetuju dengan tindakan doktor yang telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan jus durian belanda mampu merawat kanser.
BACA: Jus durian belanda tak boleh cegah kanser - Dr Amalina Bakri
"Saya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida yang tinggi bukan anti kanser.
"Bagi saya tidak salah apabila ada doktor memperjelaskan bahawa jus durian belanda tidak boleh mencegah kanser.
"Pengeluar produk tidak boleh mendakwa produk berasaskan durian belanda adalah antikanser kerana tiada penyelidikan saintifik yang telah dilakukan.
"Produk saya hanya merupakan pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada,"ujarnya.
Rosyam ditemui di majlis pelancaran produk Adraa di Royale Chulan Damansara hari ini.
Pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 51, berkata produk Adraa merupakan hadiah buat para peminat yang selama ini telah menyokong kerjayanya.
"Ini merupakan hadiah saya buat para peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya.
"Dengan kasih sayang dan sokongan peminat, saya sentiasa berusaha untuk mencapai pertumbuhan berterusan untuk memenangi reputasi sebagai sumber herbal yang terkemuka di Malaysia," katanya kepada Gempak.
Topic Berkaitan
#Adraa
#antikanser
#durian belanda
#kanser
#rawat kanser
#tingkat kualiti hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan