awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/04/2021
11:01 MYT
Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir. - Foto Instagram @chedetofficial
PUTRAJAYA: Biarpun sudah menjangkau usia 95 tahun, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengamalkan gaya hidup positif lagi aktif.
Selain hobi menunggang kuda yang sudah diketahui rakyat sejak berpuluh tahun lamanya, Ahli Parlimen Langkawi itu juga amat menggemari aktiviti berbasikal, apatah lagi di lokasi tempat beliau beriadah iaitu di Taman Tasik Putrajaya, yang wujud daripada ilham beliau sendiri.
Dalam muat naik video di laman Instagramnya yang berdurasi sekitar 1 minit 30 saat, Dr Mahathir dilihat memasuki perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana menaiki kenderaan kebanggaan beliau dan rakyat Malaysia, iaitu Proton X50.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)
Lebih menarik, kenderaan itu turut mempunyai nombor plat yang unik, iaitu Putrajaya 2020.
Berdasarkan video berkenaan, aktiviti berbasikal beliau itu turut disertai isteri kesayangan, Tun Dr Siti Hasmah Ali, anak kedua mereka Tan Sri Mokhzani Mahathir, serta salah seorang cucu mereka, Marisa Hasmah, sambil diiringi pengawal keselamatan mereka.
Menariknya, pegawai beliau memaklumkan, Dr Mahathir, yang baru saja selesai mengambil dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech baru-baru ini, telah berbasikal di sepanjang pinggiran tasik, sehingga ke Cyberjaya.
Turut kelihatan, pengunjung tasik berkenaan sempat mencuri peluang keemasan untuk bergambar dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah. Malah sekali-sekala kelihatan Dr Siti Hasmah sedang berbual mesra dengan beberapa pengunjung yang sedang beriadah di situ.
Difahamkan aktiviti berbasikal itu dilakukan pada 4 April lepas.
Di penghujung video berkenaan, tertera mesej daripada Dr Mahathir – “A bored worker does not produce. He merely marks time. He is a wage slave”.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Putrajaya
#Proton X50
#Perdana Menteri
#bekas Peradana Menteri
#rakyat Malaysia
#Pfizer-BioNTech
#vaksin
#COVID-19
#keselamatan
#rakyat
#menteri
#Malaysia
#Parlimen
#chedet
#Tun Siti Hasmah
#Mokhzani Mahathir
#Marisa Hasmah
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan