Skip to main content

Gaya Hidup

#PunyaAspirasi cungkil bakat terpendam kakitangan Malaysia Airlines

61457586978_MASPunyaAspirasi.jpg
Video terbitan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang menampilkan pelakon dan hos terkenal Nur Fazura kini viral di Facebook dan Youtube.

Dengan judul #PunyaAspirasi, video berdurasi lapan minit itu menampilkan lawatan pelakon utama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu ke pejabat MAB untuk memberi kejutan kepada staf syarikat berkenaan.

Namun Fazura sebenarnya yang dikejutkan dengan bakat terpendam yang ditampilkan oleh para staf MAB antaranya terdiri daripada atendan penerbangan, juruterbang, dan pegawai operasi.

Ee, seorang jurutera pesawat, misalnya menonjolkan bakatnya bermain yo-yo. Dia juga merupakan johan kebangsaan dan telah mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa sebanyak tujuh kali.

Staf MAB kongsi bakat sebagai pemain yo-yo - Foto YouTube/Malaysia Airlines

Staf MAB kongsi bakat sebagai penari bharatanatyam - Foto YouTube/Malaysia Airlines

BACA: MH370: Hanya kenangan terindah bersama Patrick pengubat duka - Jacquita

BACA: Kerja 'tanpa henti' bagi ketua penyiasat MH370 Kok Soo Chon

BACA: Serpihan kedua pesawat ditemui di Pulau Reunion mungkin milik MH370 - Aziz Kaprawi

Video tersebut kini meraih lebih 300 ribu tontonan di Facebook dengan hampir empat ribu perkongsian.

Advertisement

Must Watch Video