KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia telah mula memandang serius tentang penyimpanan wang untuk kecemasan semenjak pandemik melanda.
Menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021), 63% daripada 3,033 responden memilih dana kecemasan sebagai sebab utama mereka menyimpan wang, diikuti pula dengan pencen (49%), melancong (40%) dan pembelian harta/rumah (38%).
Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus, Hann Liew berkata hasil kajian itu juga mendapati semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan mereka (15% berbanding 30% pada tahun 2020 yang menyatakan bahawa simpanan KWSP mereka cukup untuk persaraan).
Namun katanya, hampir separuh daripada responden (45%) masih belum mula merancang untuk persaraan mereka.
"Melalui RMFLS tahun lalu, kita melihat sebilangan besar rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan dana kecemasan. Tetapi, pandemik yang berpanjangan ini terus mempengaruhi ekonomi dan kewangan rakyat Malaysia setiap hari.
"Kesannya terhadap kebolehan masyarakat untuk menyimpan wang adalah jelas. Tetapi, simpanan wang bukanlah satu-satunya cara untuk menguruskan wang. RinggitPlus akan terus berusaha untuk mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia untuk mengendalikan kewangan dengan lebih baik melalui cara holisitik yang juga merangkumi pengurusan hutang yang cekap dan cara lain untuk menggandakan wang mereka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
RMFLS 2021 mendapat 3,033 respon dari seluruh negara dan kaedah sampel berstrata telah dilakukan untuk mencapai 1,518 respon sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.
Tambah Hann 52% daripada responden berjaya menyimpan kurang daripada RM500 sebulan ataupun tidak dapat membuat sebarang simpanan, dan ianya merupakan satu peningkatan berbanding tahun lepas (49%).
"Sementara itu, 21% pula bergantung harap sepenuhnya kepada gaji yang diberi pada hujung bulan. Ini kerana mereka tidak mampu menyimpan wang pada setiap bulan (peningkatan kecil daripada 19%).
"Namun begitu, seramai 76% rakyat Malaysia beranggapan bahawa kewangan mereka adalah terkawal dan di antara mereka ini, 33% masih membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka," katanya.
- Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Wed Oct 13 2021
Hasil kajian juga mendapati semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa simpanan KWSP tidak mencukupi. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Rakyat mula sedar pentingnya ada dana kecemasan
63% daripada 3,033 responden memilih dana kecemasan sebagai sebab utama mereka menyimpan wang.
Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar - Muhammad Jailani
Kawasan tersebut terletak di bawah Akta Warisan Kebangsaan dan bidang kuasa kerajaan negeri, mana-mana penceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang.
COVID-19: Kerajaan perlu salur dana kecemasan untuk Sabah - MMA
Dr Subramaniam berkata wakil rakyat yang baru dipilih harus lebih terlibat dan bekerjasama rapat dengan jabatan kesihatan negeri.