Ramadan adalah masa terbaik untuk perokok berhenti merokok, khususnya bagi mereka yang beragama Islam.
Ini kerana seseorang yang menjalani ibadah puasa lebih bersemangat dari segi rohani, kata pakar berhenti merokok, Swinder Jit Jag Singh.
Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Sister Swinder berkata, amalan berpuasa, iaitu tidak makan dan minum, turut memudahkan perokok untuk menghindari rokok kerana golongan ini biasanya merokok selepas makan.
"Cuma ketika selepas berbuka biasanya mereka akan merokok balik.
"Jadi, kali ini, saya nasihatkan pada yang nak berhenti merokok, lepas makan jangan ambil rokok, terus saja 'lari' pergi masjid atau surau.
"Sibukkan diri dengan aktiviti di masjid, 'pray' banyak-banyak, jadi semangat you pun akan kuat," nasihat beliau.
Sister Swinder percaya jika seseorang itu mempunyai kekuatan untuk berpuasa, beliau turut memiliki 'will power' atau keazaman yang cukup untuk terus berhenti merokok.
BERHENTI SERTA MERTA
Beliau juga percaya cara terbaik untuk berhenti ialah secara serta merta atau 'cold turkey'.
"Saya syorkan berhenti terus, kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor berhenti merokok selama 23 tahun, memang cara ini lebih berjaya.
"Kalau cara berhenti sikit-sikit, maksudnya cuba kurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit, jarang berkesan di kalangan pesakit saya," katanya yang kini mengetuai Klinik Berhenti Merokok Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di Kuala Lumpur.
Menurut Sister Swinder, mereka yang cuba berhenti secara sedikit demi sedikit biasanya akan berjaya mengurangkan rokok untuk satu tempoh tertentu sahaja, tetapi kemudian pengambilan rokok mereka akan meningkat semula.
"Graf (pengambilan rokok) mereka macam ombak, turun naik, turun naik, tetapi tak pernah betul-betul berhenti.
"Sebab itulah siapa yang datang jumpa saya, saya akan suruh mereka berhenti serta merta.
"Kalau sikit-sikit begini membazir ubat," katanya.
IKRAR
Jelasnya lagi, mereka yang datang ke klinik beliau akan dijelaskan mengenai simptom-simptom akibat berhenti merokok atau 'withdrawal symptoms' seperti batuk, selsema dan sakit kepala, supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi kesan-kesan itu.
Setelah membaca dan menandatangani ikrar berhenti merokok, mereka akan turut dibekalkan dengan ubat atau NRT (nicotine replacement treatment) dalam bentuk pelekat atau gula-gula getah.
"Mengikut pengalaman saya, kalau pada bulan Ramadan, ramai daripada mereka beritahu kita yang mereka tak perlukan ubat.
"Biasanya dalam bulan puasa ini semangat mereka, 'will power', lebih kuat, oleh sebab itu pada sesiapa yang nak berhenti merokok itu ambil peluang, berhenti sahaja sekarang!" tegasnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUANGAN SISI
KLINIK BERHENTI MEROKOK
Menurut NSCM sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok setiap tahun, seperti kanser paru-paru, 13 jenis kanser lain, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.
Persatuan itu melancarkan klinik Berhenti Merokok yang pertama di ibu pejabatnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, pada Februari tahun lepas.
Usaha itu bertujuan membantu rakyat Malaysia menghentikan ketagihan pada rokok dan tembakau, di samping mengurangkan kadar penyakit, khususnya kanser, dan kematian berkaitan penggunaan tembakau di negara ini.
Sehingga kini klinik berkenaan telah merawat 22 perokok dengan lebih separuh daripada mereka telah berjaya berhenti merokok.
Mereka yang berminat boleh menghubungi NSCM menerusi emel [email protected], atau telefon 03-2698 7350.
Klinik dibuka pada Selasa dan Jumaat, dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017
Setelah membaca dan menandatangani ikrar berhenti merokok, mereka akan dibekalkan dengan ubat atau NRT dalam bentuk pelekat atau gula-gula getah. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa, masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.
Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Ia merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.