PENAMPANG: Situasi pandemik COVID-19 yang tidak membolehkan masyarakat menaiki penerbangan selama hampir dua tahun menjadi inspirasi kepada seorang usahawan tempatan di Sabah membuka sebuah restoran berkonsepkan lapangan terbang.
Meskipun kini sempadan antara negeri dibuka, malah beberapa negara sudah memberi lampu hijau untuk rakyat Malaysia melancong, namun masih ramai yang masih menanti peluang untuk merasai pengalaman begitu.
Di Airport Lounge Bistro yang terletak di Penampang, Sabah, pelayan dan pekerja restoran sedia menyambut kenangan pengunjung dengan mengenakan pakaian seperti pramugari dan juruterbang.
Menurut Pengarah Urusan Signitive Holdings, Sunny Yeoh, dia membuka perniagaan berkenaan untuk mengubati kerinduan pelanggan yang sebelum ini sudah lama tidak merasai suasana berada di dalam penerbangan dan lapangan terbang.
"Idea ini kita mulakan sebabkan kita sudah lama tidak travel…dekat dua tahun. Sebab itulah saya buat restoran berkonsep suasana lapangan terbang ini supaya mereka dapat rasa macam sedang melancong. Uniform pekerja di sini juga kami tempah khas," ujar Sunny ketika ditemui di Plaza 333, Penampang.
Berkongsi mengenai kelainan yang terdapat di Airport Lounge Bistro, Sunny memaklumkan restoran yang baru dibuka sekitar dua bulan lalu itu menyajikan hampir 40 menu masakan membabitkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand serta citarasa tempatan.
Bercerita tentang keunikan restorannya itu, Sunny yang sudah hampir lima tahun melibatkan diri dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B) memaklumkan turut menawarkan keahlian kepada pelanggan mengikut kelas dalam penerbangan iaitu keahlian kelas pertama, kelas perniagaan dan ekonomi yang dicetak seperti pasport peribadi.
"Membership (keahlian) yang kita tawarkan ini berdasarkan konsep lapangan terbang, jadi kita berfikirlah, macam mana hendak jadikan ia lebih terasa di lapangan terbang. Sebab itu kami perkenalkan pasport.
"Pasport ini kami berikan terus pada pelanggan yang mengisi nilai RM300 di restoran kami. Jadi, setiap kali mereka datang, perbelanjaan boleh ditolak dari kredit itu. Kalau lupa bawa pasport untuk kedatangan seterusnya, juga tidak ada masalah kerana kami boleh rujuk pada nama dan nombor telefon yang didaftarkan," jelas Sunny.
Sementara itu, Sunny memaklumkan, membuka suatu perniagaan baharu dalam situasi pandemik COVID-19 bukanlah suatu perkara mudah. Namun dia tetap meletakkan tekad dan yakin mampu mengatasinya selain melihat semakin banyak sektor ekonomi yang sudah dibuka ketika ini.
"Saya rasakan memang majoriti takut mahu buat bisnes dalam tempoh pandemik. Sebab itu kita perlu betulkan mentaliti, sama ada kita mahu mencari kaedah ataupun mencari alasan.
"Kalau kita balik-balik cari alasan, kita memang boleh salahkan pandemik, boleh salahkan COVID-19. Tapi, padahal masa pandemik inilah banyak bisnes makan masih maju. Jadi, saya punya mentaliti adalah - kalau ada masalah, kita selesaikan masalah itu dan jangan mencari alasan," katanya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Oct 23 2021
Pelanggan restoran disajikan dengan hidangan enak selain layanan petugas yang lengkap beruniform seperti pramugari dan juruterbang. - Astro AWANI
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Rindu naik pesawat? Restoran di Penampang ini ubati kerinduan pelanggan
Membuka perniagaan restoran semasa musim pandemik bukan suatu yang mudah, namun pemilik Airport Lounge Bistro ini tetap optimis.