Ini untuk ‘melepaskan angin’ anak-anak yang dah lama terperap dalam rumah sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, masih ada juga segelintir orang awam memberi pandangan negatif kepada ibu bapa yang membawa anak keluar beriadah dan meninggalkan pelbagai komen.
Bagi mengelakkan tanggapan negatif, melalui perkongsian Dr Husna Musa, beliau telah berkongsi aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ketika bawa anak berada di luar.
Walaupun berada di luar rumah dan negara akan beralih ke fasa endemik selepas ini, keselamatan dan kesihatan tetap NO 1!
TIP BERMAIN DI LUAR DENGAN SELAMAT BERSAMA ANAK-ANAK
Menurut Dr Husna, sebagai ibu bapa semuanya nak yang terbaik buat anak-anak.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan sepanjang melakukan aktiviti luar bagi memastikan keselamatan anak-anak yang belum diberi vaksin.
Secara amnya, semakin dekat anda berinteraksi dengan orang lain dan semakin lama interaksi semakin tinggi risiko penyebaran COVID-19.
"Saya tahu sukar bagi semua orang, termasuk kanak-kanak. Mereka perlu keluar & berinteraksi.
"Jadi sebagai ibu bapa kita perlu memastikan bahawa mereka mampu melakukannya dengan cara yang lebih selamat.
"Bagaimana kita dapat menurunkan risiko kita terutamanya bahawa anak-anak masih belum diberi vaksin:
- Pakai topeng yang lebih baik (kanak-kanak berumur di atas 2 tahun, topeng berganda / KN94 / 5 / N95 untuk orang dewasa)
- Jauhkan jarak anda (walaupun di luar rumah, HINDARI kawasan yang sesak!)
- Basuh tangan dengan kerap
- Dapatkan vaksin anda dan berada di sekitar vaksin sepenuhnya (terutamanya di dalam rumah!)
"Saya ingin mencadangkan laman web ini microcovid.org di mana anda dapat menilai risiko untuk aktiviti tertentu secara objektif dengan juga memasukkan parameter seperti topeng yang digunakan, status vaksinasi, orang yang termasuk dan banyak lagi.
"Kita perlu dapat membuat keputusan yang tepat dan selamat untuk keluarga kita. Varian Delta masih belum merebak di sini jadi yang terbaik adalah jaga diri ya!
Tahap risiko aktiviti semasa COVID-19 bersama keluarga
Ini langkah terbaik & selamat ketika bermain di luar
Kongsi Dr Husna lagi, melakukan aktiviti di luar sememangnya lebih kurang risiko penularan COVID-19 kerana banyak ruang untuk jarak sosial serta pengudaraan/ventilation yang lebih baik tetapi ingat, tak semestinya tiada risiko langsung.
Aktiviti luar boleh berisiko sekiranya langkah pencegahan lain tidak diambil.
Antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan risiko penularan adalah (CDC):
- Berapa ramai orang? — lagi sikit lagi kurang risiko
- Adakah orang di sekeliling telah mendapat vaksin penuh?
- Jarak sosial okey atau tidak?
- Adakah orang di sekeliling memakai mask?
- Bagaimana kes komuniti di kawasan anda? — sekiranya tinggi
- Berapa lama tempoh berinteraksi? — lagi kejap lagi bagus!
Secara kesimpulannya, langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
- Lakukan aktiviti yang melibatkan keluarga terdekat
- Cari tempat yang tak ramai org, jika playground crowded, elakkan
- Jika berinteraksi dgn orang lain, pastikan memakai mask dan jaga jarak serta jangan berinteraksi terlalu lama
- Pastikan anak membasuh tangan dengan sabun selepas bermain. Jom pastikan anak kita bermain dengan selamat di luar rumah
Kredit: Instagram Dr Husna Musa
*Artikel asal di Pa&Ma
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !