awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roti canai janda 'laku keras'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2018
06:26 MYT
Roti canai janda 'laku keras'
Rosmaria berkata gelaran itu memberikan rezeki terpijak buatnya apabila gerai yang terletak berhampiran PKT Tendong tidak putus-putus didatangi pelanggan. -Sinar Harian
Roti canai janda yang diperkenalkan oleh seorang ibu tunggal, Rosmaria Rosdi, 33, menjadi tular dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan Tendong.
Rosmaria berkata, gelaran itu memberikan rezeki terpijak buatnya apabila gerai yang terletak berhampiran PKT Tendong tidak putus-putus didatangi pelanggan.
“Saya tidak kisah dengan pandangan masyarakat tentang gelaran roti canai janda. Kerana hasrat saya ialah mahu mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak masih lagi kecil,” katanya.
Menurutnya, idea untuk menggunakan nama roti canai janda itu dicadangkan rakannya, Zarilah Mat Zin, 46, kerana gelaran itu bertepatan dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada tiga cahaya mata.
“Saya hanya menjual RM1 sekeping untuk roti canai kosong yang dihidangkan bersama kuah kacang dal atau kari. Selain itu saya juga jual roti canai telur, bawang dan pelbagai lagi berasaskan roti canai,” katanya.
Rosmaria berkata, dia mula berniaga roti canai sejak tahun 2000 dengan mempelajari selok-belok pembuatan dan menebar daripada bapanya.
Katanya, perniagaan roti canai sudah menjadi darah dagingnya bagi menyara keluarga dan membesarkan tiga anaknya.
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#laku
#menyara keluarga
#PKT Tendong
#RM1 sekeping
#Rosmaria Rosdi
#roti canai janda
#Tendong
#Tular
#Zarilah Mat Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan