awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rumah kecil terhimpit' di tengah kota Boston dijual pada harga AS$1.2 juta

Agensi
Agensi
21/08/2021
04:36 MYT
'Rumah kecil terhimpit' di tengah kota Boston dijual pada harga AS$1.2 juta
Rumah kecil itu mempunyai empat aras dan sebuah dek persendirian yang menyajikan pemandangan Boston Harbor. - AP
JIKA di Kuala Lumpur suatu masa dahulu terkenal dengan sebuah rumah seni bina tradisional bersaiz kecil di tengah kepesatan pembangunan di sekitar di kawasan Chow Kit, hingga digelar 'rumah degil' kerana bertahan sekian lama, mungkin kewujudannya boleh dibandingkan dengan sebuah hartanah 'comel' di kota Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) ini.
Rumah yang diberi nama 'Skinny House' itu memang sangat terkenal di kota Boston yang berpopulasi padat. Baru-baru ini ia disenarai lagi untuk dijual pada harga AS$1.2 juta (RM5.09 juta), lapor AP.
Rumah yang berbentuk vertikal segi empat tepat itu mula disenarikan pada Isnin lalu, buat kali pertama di pasaran sejak tahun 2017. Empat tahun lalu, ia dijual pada harga AS$900,000 (RM3,814,000), lapor The Boston Globe.
View this post on Instagram
A post shared by Roadtrip New England (@roadtrip_newengland)
Rumah berkenaan, yang beralamat di North End, adalah seluas 1,165 kaki persegi. Lebih menarik, hartanah itu hanya selebar 10 kaki (3 meter) di sudut paling lebar, dan menyempit ke belakang dengan ukuran lebar 9.25 kaki (2.8 meter).
Rumah itu mempunyai empat aras dan sebuah dek persendirian yang menyajikan pemandangan Boston Harbor. Selain itu, ciri-ciri yang disediakan adalah kelengkapan kediaman yang terkini, lantai kayu keras dan sebuah balkoni Juliet yang menghadap taman persendirian.
Rumah itu tidak mempunyai pintu hadapan. Pelawat masuk menerusi pintu sisi yang privasi dan akan disambut dengan ruang makan dan dapur yang berkelengkapan penuh. Tingkat kedua menempatkan ruang tamu dan satu-satunya bilik air dalam kediaman itu.
Tingkat ketiga terdapat ruang tambahan dan sebuah bilik tidur, manakala aras paling tinggi adalah bilik tidur utama.
Janji temu disediakan untuk mereka yang mahu melihat keadaan rumah itu, namun pembeli yang berpotensi dinasihatkan untuk segera bertindak kerana sebelum ini rumah itu pernah dijual dalam tempoh tiga bulan pada tahun 2017.
View this post on Instagram
A post shared by Betitu (@betitusquest)

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#rumah
#skinny house
#Boston
#Amerika Syarikat
#hartanah
#gaya hidup
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan