GAYA HIDUP
Sakit kepala di bulan Ramadan? Ini 4 sebab yang anda perlu tahu

Menurut Doktor Elliot Shevel, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain. -Foto Flickr.com
PERNAHKAH anda mengalami masalah sakit kepala sehingga mengganggu ibadah puasa anda? Jangan bimbang, kerana bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya.
Menurut Doktor Elliot Shevel, ketua South African Headache Society, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain.
Dalam temubual yang sama, beliau menyatakan empat sebab mengapa anda tiba-tiba diserang sakit kepala ketika berpuasa seperti yang dilapor di portal CNN Indonesia.
1) Kekerapan pengambilan kopi

Kopi boleh membantu anda kekal segar, tapi ambillah dalam kuantiti terkawal. - Pixabay.com
Anda sepatutnya mengurangkan kadar pengambilan kopi seminggu lebih awal sebelum anda berpuasa.
2) Kurang gula dalam darah

Minuman atau makanan bergula sering dilihat sebagai sumber tenaga ketika berpuasa. - Pixabay.com
Pada hari-hari biasa, anda mungkin mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Namun apabila anda berpuasa, kadar gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba seterusnya menyebabkan sakit kepala.
3) Dehidrasi
Sebahagian besar otak anda terdiri daripada air dan ia amat sensitif sekiranya kekurangan air di dalam badan.
Jika berlaku kekurangan air di dalam badan, otak anda akan mula menghasilkan histamin yang berfungsi untuk mengimbangi kadar air di dalam badan.
Penghasilan histamin ini akan memberi kesan seperti sakit kepala.
5) Cukup tidur, kurang stres.

Laraskan jadual anda dengan betul supaya mendapat tidur dan rehat yang cukup. - es.videoblocks.com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami