SELALU kita dengar, mak-mak cakap anak-anak susah nak tidur awal. Kalau ada pun, sebab siang hari lasak main itu dan ini.
Kadang-kadang inilah keluhan yang mak-mak alami dan anak memang lali untuk tidur lambat.
Bukan apa, bila dah bersekolah, tentunya kena tidur awal sebab paginya kena bangun awal. Takutnya tak dapat nak tumpu pembelajaran di sekolah.
Bagi anak kecil pula, walaupun tidak bersekolah, jangan biasakan. Pernah juga mak ayah beritahu, malamnya akan berjaga siang hari akan tidur memanjang. Susah juga macam tu.
Sebenarnya, ada cara mak ayah nak ajar anak tidur awal. Inilah yang dipraktikkan oleh Nuraisyah Abu Husin untuk anak-anaknya.
Nak anak berjaya dalam akademik, paksa anak tidur awal, bukan biasakan tidur lewat.
Anak Tidur Awal, Kena Biasakan!
"Selalu kawan-kawan tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak confirm akan tidur setiap hari jam 7.40-8.30 malam.
Dulu, aku pun tak tahu tip ni. Selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan suami jadi zombie.
Ada juga baca tip dari mak ayah di media sosial dan cuba praktikkan. Alhamdulillah, membuahkan hasil. Kami, suami isteri pun dapatlah ‘me time’ bersama.
Caranya:
1. Bila balik kerja jam 5 atau 6 petang memang kena habiskan masa betul-betul dengan anak-anak. Perkara lain tolak ke tepi. Ajaklah mereka bermain di taman permainan, basikal, menari atau apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang sudah pandai berjalan.
2. Bagi yang ada bayi, cuba cara ini. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam. Jangan lupa sapukan minyak telon. Kena jaga perut bayi supaya tidak kembung. Lepas itu, bermainlah dengan di, bagi dia ketawa dan gembira. Layanlah dia. Aktiviti ini sangat berat untuk bayi. Sampai masa dia akan tidur lena.
3. Untuk anak yang berumur 1 tahun, bagilah dia makan kenyang-kenyang dalam jam 7 malam. Ada masa anak tak nak makan kan? Perkara ini akan beri kesan masa tidur dia sama ada dia tidak boleh tidur sebab perut lapat atau dia tidur dan terbangun tengah malam. Kalau anak tak nak makan, bagilah pisang yang boleh buat perutnya tahan sampai pagi esok.
4. Mak ayah kena korbankan masa malam.Nak biasakan anak-anak dengan satu perkara ini makan masa. Jadi, kalau nak anak tidur awal, pada malamnya mak ayah tak perlulah keluar rumah. Dengan kata lain, kalau nak makan di luar, keluar selepas maghrib dan balik awal sebab anak kena tidur awal.
5. Selain itu, masa nak tidurkan anak, pasangkan surah Ruqyah (setkan sampai esok pagi). Ini boleh lindungi anak dari gangguan tengah malam. Pernah terbaca, jika anak bangun tengah malam, maksudnya ada ‘benda halus’ kejutkan ajak bermain/ganggu.
6. Pastikan lampu tutup. Selagi lampu buka, selagi itulah mereka susah nak tidur. Bagi mak ayah yang ada dua tiga orang anak, cuba tidurkan si kecil dulu. Masa tidurkan si kecil, ayah kena ambil tugas bermain dengan anak lain supaya dia penat, berlari satu rumah dan gelak ketawa.
Mak ayah boleh praktikkan dengan disiplin selama sebulan. Bila berjaya, mak ayah bolehlah habiskan masa berdua, menonton televisyen atau buat kerja rumah.
Tip ni kena kerjasama suami isteri ye. Tapi, kena ingat, jenis anak yang tidur awal, mereka akan bangun awal jam 5-6 tapi mata dah segar bugar.
*Mingguan Wanita : Mak ayah boleh praktikkan juga untuk anak bersekolah. Inilah yang selalu mak-mak risau, kalau tidur lambat mahunya mengantuk dan susah nak bangun pagi.
Sumber: Nuraisyah Abu Husin
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Mon Oct 25 2021
Bagi anak kecil pula, walaupun tidak bersekolah, jangan biasakan tidur lewat. -Gambar hiasan
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Sekolah dah nak buka, jangan biarkan anak tidur lewat
Bukan apa, bila dah bersekolah, tentunya kena tidur awal sebab paginya kena bangun awal. Takutnya tak dapat nak tumpu pembelajaran di sekolah.