Selain "Google", pilihan nama anak termasuk "iOs" dan "Microsoft"

Isabelle Leong
Julai 4, 2019 15:40 MYT
Google ditimang oleh ayah serta ibunya, Andi Cahya Saputra dan Ella Karina. - Kumparan.com
IBU BAPA pada era ini tentunya semakin kreatif apabila menamakan cahaya mata mereka.
Ada yang memberikan nama sempena warna atau selebriti kegemaran mereka.
Ada pula yang memilih nama bayi berdasarkan arah mata angin.
Bagi pasangan suami isteri dari Indonesia, Andi Cahya Saputra, 31 dan Ella Karina, 27, ‘Google’ menjadi pilihan kepada 'baby boy' mereka.
Andi mendedahkan bahawa 'Google' bukannya satu-satu nama berunsur teknologi yang disediakan, memetik laporan media tempatan.
"Ada Microsoft, Iphone, iOs, Windows dan lain-lain.
"Dari segi agama, kami patut pilih nama dalam kalangan para nabi dan daripada nama lebih biasa, kami juga fikirkan nama Albar Dirgantara Putra," kata Andi.
Apabila bayi lelaki itu dilahirkan pada 30 Nov lalu, Andi berkata tiada nama biasa sesuai untuk anaknya selain "Google".
"Nama 'Google' itu mempunyai maksud yang hebat kerana Google membantu ramai orang.
"Saya berharap Google boleh jadi insan yang berguna untuk masyarakat," tambah Andi.
Kisah bayi Google mendapat perhatian media tempatan serta juga antarabangsa dan nampak gayanya ia telah mendapat perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu.
Memetik laporan Coconuts Jakarta, syarikat gergasi teknologi, Google telah menghubungi bapa kepada bayi itu untuk memberikan kejutan.
Difahamkan, pasangan itu menerima hadiah istimewa daripada Google yang dihantar menggunakan teksi terus ke rumah mereka di Bekasi, Indonesia.
Apakah nama paling unik yang pernah anda dengar?
Kongsikan di ruang komen di bawah.
#Bekasi #Google #Indonesia #namakan anak sebagai Google