awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin banyak restoran dengan bintang Michelin ditutup

Agensi
Agensi
12/11/2023
07:22 MYT
Semakin banyak restoran dengan bintang Michelin ditutup
Pengasas EIPIC, Michael Deane dan ketua chef, Alex Greene. - Facebook
BELFAST: Selepas 26 tahun beroperasi, sebuah restoran yang mempunyai bintang Michelin di Belfast, Ireland Utara, bakal ditutup kerana kos yang semakin meningkat, baik untuk pelanggan mahupun pengusaha restoran.
Deanes EIPIC, restoran mewah yang diasaskan oleh chef, Michael Deane pada 1990an, mendapat bintang Michelin pertamanya dalam tempoh setahun pembukaan pada 1997.
Walau bagaimanapun, bulan ini restoran itu mengumumkan penutupannya pada penghujung 2023 berikutan peningkatan harga kesan pandemik COVID-19, Brexit dan krisis kos sara hidup.
Restoran itu akan dibuka semula dengan fokus baharu, lebih "nilai untuk wang".
Ketua chef, Alex Greene, memberitahu CNN Travel dia melihat langkah itu sebagai trend yang semakin meruncing dalam industri hospitaliti.
“Orang ramai mempunyai jangkaan apabila melangkah masuk ke restoran. Kos untuk memberikan apa yang mereka jangka itu telah meningkat dua kali ganda sejak pandemik, tetapi kami tidak boleh menggandakan harga," katanya.
Tasting menu di EIPIC berharga 100 pound (sekitar RM500), namun sebagai sebuah restoran yang terletak di sebuah bandar kecil, Belfast tidak mempunyai ramai pengunjung kaya seperti di London atau Paris.
Penutupan EIPIC adalah yang terbaharu dalam siri penutupan restoran berprofil tinggi.
Pada Januari lalu, salah sebuah restoran paling terkenal di dunia, Copenhagen's Noma, mengumumkan bahawa ia akan ditutup tahun depan.
Pemiliknya, René Redzepi memberitahu New York Times bahawa model perniagaan makanan mewah sebagai "tidak mampan."
Pada Ogos lalu, cef selebriti Inggeris-Perancis, Michel Roux Jr mengumumkan bahawa dia akan menutup restorannya di London yang mempunyai dua bintang Michelin, Le Gavroche pada Januari depan untuk "meluangkan masa bagi mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang lebih baik."
Topic Berkaitan
#restoran
#michelin
#Belfast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan