GELAGAT comel persembahan haiwan pasti mengujakan ramai penonton.
‘Kepandaian’ haiwan-haiwan berkenaan melakukan aksi akrobatik, jinak untuk ditunggang, serta patuh kepada arahan penjaganya membuatkan persembahan haiwan sering kali mendapat sambutan orang ramai.
Bagaimanapun, sisi gelap yang perlu ditelan adalah persembahan hidupan liar atau industri persembahan haiwan berkemungkinan besar mengeksploitasi haiwan-haiwan berkenaan untuk mengaut keuntungan.
Malah, di beberapa negara luar, pengunjung sanggup menghabiskan duit untuk merasai pengalaman bergambar dengan haiwan-haiwan liar seperti harimau atau singa.
Pernahkah anda terfikir, bagaimana haiwan liar itu boleh begitu jinak?
Berikut beberapa aktiviti persembahan haiwan yang anda perlu hindari bagi mengelakkan kekejaman terhadap binatang:
‘Selfie’ dengan harimau/singa
Memetik portal Burger Abroad, anak-anak haiwan itu telah dipisahkan daripada keluarganya, dikurung di dalam kandang kecil serta berdepan dengan penderaan dan pengabaian.
Portal tersebut turut mendakwa haiwan liar itu turut dibius bagi membolehkan pengunjung merakam gambar dan ‘posing’ bersama harimau.
Sementara itu, banyak pusat pertunjukan singa pula lazimnya 'mencuri' anak-anak singa dari habitat asalnya dan akan didagangkan, dipindahkan, diasingkan dan dikurung.
Ia dibesarkan dalam persekitaran yang ramai manusia untuk menukar tabiat haiwan itu sepanjang tempoh ia membesar.
Seterusnya, ia dibius untuk tujuan bergambar dan apabila pertunjukan berakhir, ia akan dirantai dan dikurung semula.
Soalan yang perlu anda tanya kepada diri: Kenapa agaknya harimau dan singa itu dalam keadaan 'mamai' dan berbaring atau tidur ketika pengunjung dibenarkan datang mendekat untuk bergambar?
Monyet menari
Monyet ditangkap, dirantai, dibiarkan kelaparan dan didera secara fizikal termasuk giginya dicabut.
Semua perkara itu dilakukan untuk memaksa haiwan tersebut patuh atau takut pada manusia, yang hanya akan memberi ganjaran apabila ia boleh melakukan aksi unik atau ‘trick’, selain aksi meminta wang daripada pelancong.
Di sesetengah negara, haiwan tersebut sengaja ‘dibawa’ ke kawasan tumpuan pelancong untuk merakam gambar bersama pengunjung sebelum individu berkenaan dikenakan bayaran.
Bagaimanapun, taktik tersebut sudah boleh dihidu oleh kebanyakan pelancong.
Cukup! Jangan disokong pertunjukan sebegitu!
Pertunjukan tinju orang utan
Berikutan kehilangan habitat akibat kemusanahan hutan, orang utan muda akan ditangkap. Mamalia malang ini kemudian akan dieksplotasi untuk mendapatkan wang.
Memetik laporan antarabangsa, orang utan akan dipakaikan pakaian seperti manusia, sebelum dua haiwan tersebut ‘bertumbuk’.
“Haiwan malang ini dieksploitasi secara terang-terangan dan kejam, hanya untuk keuntungan komersial.
“Orang yang membayar untuk menonton pertunjukan ini memungkinkan kekejaman ini berlanjutan,” demikian memetik pengurus komunikasi Penyelamat Haiwan Antarabangsa, Lis Key.
Berenang bersama lumba-lumba
Lumba-lumba dikatakan sebagai haiwan yang bijak dan kerana keupayaan interaksi itu ia disukai oleh orang ramai yang berpusu-pusu ke kompleks akuarium.
Di kebanyakan negara, lumba-lumba dilindungi daripada eksploitasi dan penyeksaan. Namun, haiwan itu juga tidak terlepas daripada menjadi ‘bahan hiburan’.
Ia diletakkan dalam kurungan yang kecil – jauh berbeza dengan kehidupan asal haiwan itu yang bebas melompat dan berenang di lautan.
Menunggang gajah
Pernahkah kita terfikir bagaimana gajah yang merupakan antara haiwan paling gagah di dunia mampu ‘patuh’ kepada arahan?
Banyak penyelidikan dan laporan menyebut, haiwan itu dipisahkan daripada keluarga mereka, dikurung dan berdepan kehidupan yang menyeksakan.
Haiwan itu akan dipukul menggunakan alat yang dikenali sebagai bullhook (sekiranya gajah enggan melakukan persembahan).
Ada tempat yang sengaja mendera gajah tersebut sejak ia kecil untuk membuatkan haiwan itu takut dan patuh.
Ini termasuk hukuman kejam seperti memisahkan dengan induk, dirantai, disebat, tidak diberi makan dan dikurung.
Meskipun ada beberapa pusat konservasi gajah yang dikenali dengan usaha menyelamat dan penjagaan kebajikan mamalia tersebut, masih banyak juga pusat tarikan yang mengeksploitasi imej tersebut dengan menawarkan aktiviti tunggangan yang terlalu kerap kepada pelancong (yang pastinya dikenakan harga bayaran tertentu).
Hei! Gajah juga tahu penat. Ia perlukan masa kualiti untuk melakukan aktiviti fitrahnya sebagai gajah.
Maka, pilihlah dan buat kajian latar belakang dahulu tentang sesuatu pusat yang menawarkan pengalaman dengan gajah sebagai tarikan.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, mengikut perenggan 44(1)(a) hingga (g), seseorang adalah bersalah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika:
(i) Secara zalim memukul, menendang, menganiaya, terlebih tunggang, terlebih pandu, terlebih muatan, mendera, memarahi atau menakutkan mana-mana haiwan; atau
(ii) Menyebab atau penyebab atau sebagai pemilik membenarkan mana-mana haiwan untuk digunakan sedemikian; atau
(iii) Sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap mana-mana haiwan di dalam kurungan atau semasa memindahkannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain, cuai dalam membekalkan haiwan tersebut dengan makanan atau air yang mencukupi; atau
(iv) Dengan sewenang-wenangnya atau tanpa sebab yang munasabah melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan, menyebabkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar kepada mana-mana haiwan; atau
(v) Menyebabkan, mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk ditahan, diangkut, diangkat atau dibawa apa-apa haiwan dalam cara atau kedudukan yang menyebabkannya kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya; atau
(vi) Mengambil bekerja atau menyebabkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk diambil bekerja bagi apa-apa prkerjaan atau tugasan, mana-mana haiwan yang mana disebabkan sebarang penyakit, kelemahan tertentu, luka atau bengkak, atau dalam hal lain tidak layak untuk diambil bekerja.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Sep 13 2020
Di beberapa negara luar, pengunjung sanggup menghabiskan duit untuk merasai pengalaman bergambar dengan haiwan-haiwan liar seperti harimau atau singa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Seronok tonton persembahan haiwan? Ini kenapa anda perlu hentikan
Sisi gelap yang perlu ditelan adalah persembahan hidupan liar atau industri persembahan haiwan mungkin mengeksploitasi haiwan berkenaan.