GAYA HIDUP
Sheila Kirabo dimahkotakan sebagai Miss Joyful KLIA yang pertama

Ratu cantik dari Uganda, Sheila Kirabo dinobatkan sebagai Miss Joyful KLIA sempena Miss Tourism Queen of the Year International 2015 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bar-baru ini. - Foto Bernama
Gadis dari Uganda, Sheila Kirabo dimahkotakan sebagai Miss Joyful KLIA yang pertama, dalam satu majlis khas yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA bar-baru ini.
Ia diperkenalkan sebagai gelaran sampingan kepada Miss Tourism Queen of The Year International World.
Sheila, 23 tahun nyata terkejut bila namanya diumumkan sebagai Miss Joyful KLIA dalam acara yang berlangsung pada 27 Disember lalu.
Dia dimahkotakan gelaran itu oleh Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Ariports Holdings Berhad, Jeremy Nasrulhaq.
Penuntut jurusan fesyen dan hiasan dalaman ini dipilih kerana perwatakan ceria semulajadi yang ada pada dirinya.
Sheila yang langsung tidak menjangkakan kemenangan itu, berkata dia mahu menampilkan semangat penuh ceria sepanjang masa memegang gelaran ratu itu.
Dia akan bertugas dengan Malaysia Airports dalam mempromosi pelancongan untuk KLIA dan Malaysia amnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami