awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spesies burung separuh jantan, separuh betina ditemui

Agensi
Agensi
07/11/2020
06:06 MYT
Spesies burung separuh jantan, separuh betina ditemui
Grosbeak ini mempunyai wing pit berwarna merah jambu (jantan) dan coklat kekuningan (betina).
IA merupakan penemuan satu dalam sejuta.
Para penyelidik telah menemui seekor burung yang separuh badannya adalah jantan, manakala separuh lagi adalah betina.
Kali terakhir Pusat Pemuliharaan Powdermill Nature di Muzium Sejarah Alam Carnegie menemui spesies berkenaan adalah 15 tahun yang lalu dan ia merupakan yang kelima pernah ditemui mereka dari spesies yang sama.
"Kami semua sangat teruja. Tentunya ada minat ke arah kajian saintifik tetapi apa yang lebih penting, ia satu anugerah untuk menemui spesis yang sukar ditemui," kata Annie Lindsay, pengurus program perlindangan, kepada CNN.
Burung tersebut dikenali sebagai Grosbeak. Grosbeak jantan dan betina dibezakan melalui warnanya.
Burung jantan mempunyai wing pits berwarna merah jambu, sementara betina berwarna coklat kekuningan.
Variasi genetik campuran ini dikenali sebagai gynandromorphism ("gyne" adalah bahasa Yunani yang membawa maksud wanita; "andro" bermaksud lelaki, dan "morph" bermaksud ragam).
Saintis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti bagaimana gynandromorphism memainkan peranan terhadap spesis tersebut.
"Mungkin tidak ada sebarang kelebihan. Tetapi ia mungkin akan mempengaruhi kemampuannya dalam berpasangan.
"Kami belum dapat mengesahkan jika bahagian betina burung itu mempunyai ovari yang berfungsi. Jika benar, ia mungkin dapat dibiakkan."
Burung itu kini dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setahun, dan ini bermakna ia mungkin boleh hidup sehingga dewasa tanpa sebarang masalah.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#burung
#Grosbeak
#gynandromorphism
#spesies
#Penemuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan