Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Mojtaba Khamenei selamat, spekulasi serangan AS-Israel

FILE PHOTO: Iran’s new supreme leader, Mojtaba Khamenei, the second son of late Iran's Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, attends a meeting in Tehran, Iran, October 13, 2024. Hamed Jafarnejad/ISNA/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Mojtaba Khamenei dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas timbul dakwaan beliau cedera ketika serangan udara Israel dan Amerika Syarikat. - Gambar Agensi

PEMIMPIN Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas timbul dakwaan beliau cedera ketika serangan udara Israel dan Amerika Syarikat.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak kepada Presiden Iran, Yousef Pezeshkian pada Rabu menerusi satu hantaran di saluran Telegram miliknya.

Advertisement

“Saya mendengar berita bahawa Mojtaba Khamenei telah cedera. Saya bertanya kepada beberapa rakan yang mempunyai hubungan dengan beliau. 

"Mereka memaklumkan beliau dalam keadaan selamat dan sihat, syukur kepada Tuhan," katanya.

Sebelum ini, televisyen negara Iran menggambarkan Khamenei terlibat dalam satu insiden, namun tidak memperincikan jenis kecederaan dialaminya.

Sementara itu, laporan oleh The New York Times yang memetik sumber tiga pegawai Iran dengan nama dirahsiakan, menyatakan Mojtaba dipercayai mengalami beberapa kecederaan, termasuk pada bahagian kaki.

Laporan itu turut menyebut Mojtaba masih sedarkan diri, beliau kini berlindung di sebuah lokasi selamat dengan komunikasi ke dunia luar yang terhad.

Sebelum ini, Ayatollah Ali Khamenei bersama beberapa pemimpin tertinggi Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Februari.

Kemudian, Mojtaba Khamenei, 56, dipilih sebagai pemimpin agung baharu oleh Dewan Perhimpunan Pakar Iran pada Ahad.

Must Watch Video