Skip to main content

Malaysia

Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk

Hutan di puncak jalil terbakar.. MEX highway hala KL jem teruk, byk truck bomba
Kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran Taman Puncak Jalil 9 dan operasi pemadaman masih giat dijalankan ketika ini. - Foto Astro AWANI

SERI KEMBANGAN: Kebakaran hutan dilaporkan berlaku berhampiran kawasan Puncak Jalil, di sini petang tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) arah Kuala Lumpur.

Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 petang sebelum pasukan dikerahkan ke lokasi.

Advertisement

Kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran Taman Puncak Jalil 9 dan operasi pemadaman masih giat dijalankan ketika ini.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan pihak bomba sedang berusaha mengawal api bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan berhampiran.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di Maju Expressway terutama di laluan menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur susulan asap tebal yang menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya.

Must Watch Video