awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suka makan laju-laju, ini amaran pakar!

Bernama
Bernama
17/11/2017
07:59 MYT
Suka makan laju-laju, ini amaran pakar!
Makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.
CARA seseorang itu makan, laju atau perlahan, boleh menentukan sama ada individu berkenaan berisiko menghidap penyakit jantung, strok dan diabetes, lapor Associated Press of Pakistan (APP).
Menurut satu penyelidikan awal, makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.
Sebaliknya, makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.
Menurut penyelidikan yang dikemukakan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017, makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.
Satu pasukan dari Universiti Hiroshima, Jepun menjalankan kajian terhadap 642 lelaki dan 441 wanita, dengan usia purata 51.2 tahun, tiada yang mempunyai sindrom metabolik, pada 2008.
Mereka dibahagikan kepada tiga kategori, berdasarkan kepada cara mereka menjelaskan bagaimana mereka makan iaitu lambat, biasa atau cepat.
Kajian mendapati makan dengan laju iaitu sebanyak 11.6 peratus, lebih cenderung mengalami sindrom metabolik, berbanding makan secara biasa (6.5 peratus) dan perlahan (2.3 peratus).
Makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.
Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan.
Sementara, mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#berat badan
#diabetes
#makan laju
#obesiti
#penyakit jantung
#pinggang besar
#strok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan