Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri itu di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini malam ini.
Baginda berdua tiba di kompleks sukan berkenaan kira-kira 9 malam dan disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sambil diiringi tarian Singa, yang merupakan simbolik perayaan berkenaan.
Sultan Sharafuddin turut berkenan memalu gong tiga kali sambil disaksikan Tengku Permaisuri Norashikin, sebagai gimik perasmian majlis rumah terbuka perayaan tradisi masyarakat Tionghua itu, diikuti paluan gendang Cina.
Baginda berdua turut mencemar duli untuk menggaul 'Yee Sang', iaitu makanan tradisi kaum Cina semasa sambutan tahun baharu bersama-sama pembesar negeri yang lain.
Rumah Terbuka tahun baharu iaitu Tahun Ayam Jantan itu dianjurkan Invest Selangor Berhad, anak syarikat kerajaan negeri, yang dihadiri lebih 5,000 masyarakat pelbagai lapisan daripada kaum Cina, Melayu dan India.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin kemudian mencemar duli untuk bersantap bersama rakyat pada majlis tersebut.
Terdahulu, Mohamed Azmin dalam ucapan menjunjung dulinya, berkata keberangkatan baginda berdua buat julung kalinya ke majlis sedemikian menunjukkan simbolik keutuhan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.
"Keberangkatan baginda berdua menjadi cukup bermakna kepada masyarakat Cina di negeri ini dan ia menjelmakan masa depan yang terbaik dan gemilang kepada Selangor," katanya.
Sambutan rumah terbuka itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan antaranya tarian singa, tarian naga, 'Chinese Diabolo' (tarian yo-yo Cina) selain pemberian limau mandarin kepada orang awam dan sumbangan 'ang pow' kepada kanak-kanak.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 2017 hari ini. - Foto Bernama
Pemain bola sepak Dungun FA maut terlibat kemalangan
Seorang pemain bola sepak Dungun FA maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Dungun, malam tadi.
Keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN mampu beri nilai tambah - Mohamad
Penyertaan Timor Leste dalam keanggotaan negara ASEAN akan mampu memberi nilai tambah kepada blok tersebut.
AWANI Ringkas: Usaha cekap tenaga elektrik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.
Letupan baharu berhampiran kedutaan Israel di Denmark
Satu letupan baharu berlaku berhampiran kedutaan Israel di Copenhagen, Denmark ketika mana dunia memperingati ulang tahun keganasan Israel terhadap Gaza, lima hari selepas dua letupan berhampiran bangunan tersebut, di mana dua warga Sweden ditahan.
ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) masih tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa tokoh utama Palestin dan Israel termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar; Komander Sayap Ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam, Mohammed Diab Ibrahim Al-Masri, atau lebih dikenali sebagai Deif serta bekas Ketua Biro Politik Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel Julai lalu, Ismail Haniyeh serta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Randai Macbeth gabungkan karya barat dan seni tradisional
Budaya Randai yang berasal dari kaum Minangkabau di Sumatera Barat kini sering menjadi elemen yang dihidupkan di pentas teater tempatan.
Namun tiada siapa yang menyangka, karya agung William Shakespeare, 'Macbeth' kini diadaptasi dalam seni tradisi tersebut untuk dipentaskan kepada umum.
Namun tiada siapa yang menyangka, karya agung William Shakespeare, 'Macbeth' kini diadaptasi dalam seni tradisi tersebut untuk dipentaskan kepada umum.
Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Persatuan Badminton Malaysia berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang kehadiran di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Malaysia mempunyai potensi besar dalam rantaian blok
Lembaga Pengarah, TalentCorp, Raja Hamzah Abidin Raja Nong Chik berkata, Dengan pelaburan yang tepat dan strategi yang betul, Malaysia berpotensi untuk membangunkan ekosistem rantaian blok yang dinamik dan berdaya saing serta menarik minat pelabur dan syarikat teknologi untuk berkembang di negara ini.
Sindiket jadikan pelabuhan transit seludup dadah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan sindiket penyeludupan dadah terbesar tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM12.05 juta.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.