DARI kejauhan, kelihatan sosok dua kanak-kanak lelaki berjalan sambil menjinjing beg plastik berisi kasut bola menuju ke Esplanade Telaga Air.
Daripada gayanya nampak seolah kedua mereka baru selesai bermain bola. Dengan jersi berwarna jingga, dua kanak-kanak ini kelihatan ceria memakai baju T dengan nama mereka dan logo sekolah, berseluar pendek paras lutut dan berselipar jepun.
Semakin hampir mereka menuju ke Esplanade Telaga Air, kami menyapa kanak-kanak ini untuk mendengar kisah mereka.
Sesi berborak bermula
Wartawan Malissa Sahari dan jurukamera Ab Uzza berpeluang mendekati dan berborak dengan Haziqmal Sofian dan Muzzammil Su, kedua-duanya sebaya, berusia 12 tahun.
Seorang 'lebeh mulut' (petah bercakap) sementara seorang lagi 'bebek sampe tegisin gigi' (diam seribu bahasa sampai nampak gigi).
Perbualan semuanya dalam Bahasa Melayu Sarawak.
"Kitak duak nak ke sine ya?"
(Terjemahan: Kamu hendak ke mana?)
Haziqmal pantas menjawab, "kamek maok anta kawan kamek balit ke seberang, sebab kamek dua lekak main bol" .
(Terjemahan: Saya hendak hantar kawan balik ke seberang (Jeti Kampung Santin) sebab kami berdua baharu selesai main bola sepak.)
Berkawan hampir enam tahun
Sahabat baik ini mulai rapat sejak Tahun Satu lagi.
Gerai makan merupakan lokasi mereka 'hai' sesama sendiri.
"Kamek kenalnya (Muzzammil) masa nemu di gerey makan nok ujong nun, start sialah kamek duak bergeng sampe kinektok."
(Terjemahan: "Saya kenal Muzzammil ketika bertemu di gerai makan di hujung sana, dari situ kami mula berkawan sehinggalah sekarang.")
Ini baru Best Friend Forever (BFF)
"Kamek dah madah dan mintak permission mak kamek nok nganta Muzzammil ke seberang nun (Jeti Kampung Santin)."
(Terjemahan: Saya sudah beritahu emak dan meminta izin untuk menghantar Muzzammil ke seberang sana.)
Sampai begitu sekali pengorbanan Haziqmal kepada Muzzammil.
Jika ada bot, dia akan mengemudi bot itu sendiri dan cuma menghantar Muzzammil sampai di jeti Kampung Santin.
Hal sama juga dilakukan Muzzammil jika dia mahu berjumpa Haziqmal.
Katanya, menghantar Muzzammil ke seberang bukan satu rutin, kerana jika kebetulan bapa Muzzammil memunggah ikan di Telaga Air, dia tidak perlu menghantar sahabatnya ke seberang.
Terdetik di hati, "seriuslah Haziqmal nak hantar BFF-nya ke sana?"
Ya, mengemudi sendiri kerana rata-rata mereka berasal dari keluarga nelayan.
Jadi, mengemudi bot, menangkap ikan adalah rencah hidup mereka.
Bacaan doa memudahkan perjalanan
Nampaknya kanak-kanak yang berketinggian lebih kurang 130cm ini memang kuat mental dan fizikal.
Mana tidaknya, dia sempat berkongsi keseronokan tinggal di situ, lebih-lebih lagi untuk ke sekolah dengan menaiki bot atau perahu.
Katanya, tidak semua kanak kanak sebayanya pernah merasai pengalaman sebegitu.
Dia juga menambah, pernah melihat dan terserempak dengan penampakan buaya.
Katanya, itu "benda biasa."
Jangan salah faham, kerana melihat dari mata kasar, Haziqmal bukan mahu menunjuk-nunjuk apatah lagi berlagak.
Haziqmal yang merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik ini memberitahu, sudah jadi amalan dia dan rakan-rakan yang lain untuk membaca doa sebelum, semasa dan selepas melalui perjalanan 15 minit meredah Sungai Telaga Air.
Katanya, semua orang punya rasa gugup dan takut jika nampak benda pelik-pelik, tetapi jika boleh lawan rasa itu dengan niat yang ikhlas, InshaAllah semuanya mudah diatasi.
Sungai Telaga Air bukan pemisah, tetapi penghubung ikatan persahabatan
'Sahabat yang baik, malu untuk bersamamu ketika senang, namun sahabat yang baik pasti bersama ketika di dalam kesusahan'
Begitulah diibaratkan Haziqmal dan Muzzammil.
Rupa rupanya, Haziqmal berasal dari Kampung Telaga Air, manakala Muzzammil pula dari kampung seberang, Kampung Santin (dipisah oleh Sungai Telaga Air).
Mahu sambung belajar di Sekolah Menengah Agama
Bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini, Haziqmal (tersipu sipu malu) memberitahu dia akan merindui kawan kawan dan guru-gurunya nanti.
Aktif dengan sukan bola sepak, Haziqmal punya impian dan harapan.
"Kamek maok berik 6A dengan Guru Besar kamek, yajak hadiah yang mampu kamek berik, mun result dah bagus, kamek mok apply sekolah agama juak, kamek nang maok bah."
(Terjemahan: "Saya hendak berikan 6A untuk Guru Besar (bakal bersara Jun nanti). Itu sahaja hadiah yang mampu saya berikan. Kalau keputusan (UPSR) pun ok, saya hendak sangat masuk ke sekolah agama, sebab saya berminat.")
'Bye bye' Muzammil, Hai Mi Sup Emak Haziqmal
Lebih kurang 20 minit berborak dan melihat gelagat Haziqmal dan Muzzammil, tiba tiba muncul bapa saudara dan ibu saudara Muzzammil.
Lega rasanya bila melihat Muzzammil balik bersama mereka.
Sebenarnya, bot untuk menghantar Muzzammil menurut Haziqmal sudah kehabisan minyak enjin 2T.
Haziqmal cuma melambai kawannya lalu mempelawa saya serta jurukamera minum petang di gerai ibunya.
Kami dihidangkan mee sup dan air bandung Sprite dan Milo peng (Milo ais).
Hidangan kami cuma berharga RM14.
INFO :
#BahasaSarawak
#kelakaSarawakjuh
#jombelajabahasakamek
lebeh mulut = petah bercakap
bebek sampe tegisin gigi = diam seribu bahasa sampai nampak gigi
kitak duak nak ke sine = Korang nak ke mana tu?
maok = nak / hendak
mun = kalau
lekak = selepas / baru sudah
bol = bola
sia = situ / sana
kinektok = sekarang / dan dan
kelaka = berbahasa / bercakap
juh = jom
Milo Peng = Milo Ais (semua minuman yang berais disebut sebagai Peng). Contoh lain: Teh Peng / Horlick Peng
Malissa Sahari
Fri Apr 13 2018
Haziqmal Sofian dan Muzzammil Su yang bersahabat baik selama hampir enam tahun. - Astro AWANI
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Sungai Telaga Air penghubung ikatan persahabatan Haziqmal dan Muzzammil
Dari jauh kelihatan dua kanak kanak lelaki berjalan sambil memimpin beg plastik berisi kasut bola menuju ke Esplanade Telaga Air.