awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen
Gajah liar berjaya dipindahkan dengan bantuan Sanum dan Rambai
2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod - Agensi iklim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak rela jadi santapan, ketam pertahan diri dengan pisau

Agensi
Agensi
24/03/2018
23:30 MYT
Tak rela jadi santapan, ketam pertahan diri dengan pisau
"Jangan rapat! nampak pisau ni?"- Foto YouTube / WorldWide2025
JANGAN ingat senang nak masak ketam sekarang ni. Silap-silap jari anda yang boleh terluka bukan kerana disepit tetapi dihiris pisau.
Kedengaran macam tak masuk akal tapi ini benar –benar berlaku dan videonya boleh anda saksikan sendiri di Youtube.
Memetik laporan portal metro.co.uk video mencuit hati ini dirakam di Malaysia. Ia menunjukkan seekor ketam di dalam sinki mengangkat sebilah pisau dengan sepitnya seolah-olah perwira yang pantang dicabar.
Seorang lelaki yang dipercayai tukang masak kemudian mengacah ketam itu dengan sebilah lagi pisau menjadikan ia kelihatan seolah olah adegan lawan pedang.
Apa yang melucukan di akhir video ketam itu melepaskan pisau sebelum mengangkat kedua-dua sepitnya seolah-olah menyerah diri.
Tak tahulah apa yang terjadi kepada ketam berkenaan selepas itu. Masih hidup atau dah dijadikan sajian di atas meja.
Sebenarnya ini bukan video pertama yang dinuatnaik di YouTube mengenai ketam ‘menggenggam’ pisau ini.
Sekitar dua tahun lalu beberapa video ketam mengacah-acah pisau seperti gengster kepada individu yang merakam videonya pernah tular.
Mungkin selepas ini mana tahu ada pula ketam yang memegang mikrofon sambil bergaya seperti seorang penyanyi.
Topic Berkaitan
#ketam
#Malaysia
#pisau
#Tular
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan