Gajah liar berjaya dipindahkan dengan bantuan Sanum dan Rambai

Operasi pemindahan gajah melibatkan 23 petugas dari Perhilitan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, serta empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah.
KEDAH: Operasi pemindahan seekor gajah liar yang ditangkap di Kampung Charok Kapas, Kupang di Baling berjaya diselesaikan dengan bantuan dua gajah denak bernama Sanum dan Rambai, hari ini.
Ringkasan AI
- Seekor gajah liar ditangkap di Kampung Charok Kapas, Kupang di Baling dan berjaya dipindahkan ke habitat yang lebih selamat dengan bantuan dua gajah denak bernama Sanum dan Rambai.
- Operasi pemindahan gajah melibatkan 23 petugas dari Perhilitan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, serta empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah.
- Gajah jantan berkenaan berkeliaran sejak Disember tahun lalu, dan pemindahan ini penting untuk melindungi keselamatan penduduk setempat serta kesejahteraan haiwan.
Menurut Abdul Malek, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Kedah berjaya menangkap gajah liar berkenaan pada Rabu lalu sebelum proses pemindahan dilakukan.
“Sekitar jam 8 pagi tadi, pembinaan loading bay dilakukan dan gajah liar itu ditarik dengan bantuan Sanum dan Rambai sejauh lebih kurang 100 meter. Proses ini selesai sekitar jam 12.30 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.
Abdul Malek berkata, gajah jantan berkenaan dikesan berkeliaran di kawasan berkenaan sejak Disember tahun lalu, dengan saiz tapak kaki dianggarkan sepanjang 41 sentimeter.
Beliau menambah, beberapa usaha cuba dilakukan untuk mengusir haiwan itu, namun tidak berjaya.
“Aduan mengenai kehadiran gajah ini diterima berulang kali dalam tempoh tiga minggu lalu. Haiwan jantan ini dipercayai berasal dari kawasan Hutan Simpan Gunung Inas,” katanya.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh petugas Jabatan Veterinar negeri menunjukkan gajah liar itu berada dalam keadaan sihat.
“Selain itu, pemasangan mikrocip dan pengukuran morfologi juga telah dilakukan untuk tujuan pemantauan kesihatan dan pergerakan gajah,” kata beliau.
Beliau menekankan bahawa pemindahan gajah ini penting bagi melindungi keselamatan penduduk setempat serta memastikan kesejahteraan haiwan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang penemuan haiwan liar kepada pihak berkuasa bagi tindakan segera.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


