INI mungkin menjadi lokasi impian kepada kaki 'travel' atau mereka yang mahu menikmati pengalaman makan mewah yang menakjubkan.
Lebih mengujakan, pelancong akan diterbangkan ke menara setinggi 100 kaki menggunakan teksi terbang, tanpa perlu menggunakan lif seperti mana di kebanyakan lokasi makan mewah di pencakar-pencakar langit lain! Menarik bukan?
Itu yang dijanjikan oleh syarikat pesawat tanpa pemandu EHang Holdings dan arkitek di Giancarlo Zema Design Group yang berpangkalan di Rom, Itali.
Memetik media antarabangsa, menara yang digelar 'vertiports' - akan dibina dan membolehkan teksi tanpa pemandu itu mendarat di bangunan tersebut, selain menyifatkan ia lebih mesra alam.
Konsep pembinaan menara tersebut membolehkan para pelancong menikmati makan mewah sambil menyaksikan kehijauan hutan belantara dengan berlatar belakangkan gunung-ganang di Itali.
Setelah menikmati hidangan di menara berkenaan, para pangunjung akan diterbangkan semula ke hotel atau penginapan mereka.
Menurut para pereka, reka bentuk unik menara vertiport diilhamkan daripada Baobab - sebatang pokok lama yang berasal dari Afrika.
Menara yang akan dibina dengan kombinasi kayu berlamina dan keluli itu bakal dilengkapi kafe, ruang menunggu dan restoran berpanorama seluas 2,153 kaki persegi (200 meter persegi) yang dapat diakses menggunakan lif utama.
Sementara itu, di bahagian atas bumbung setiap menara vertiport akan dilengkapi dengan non-slip panel solar yang mampu menghasilkan tenaga lebih 300 kilowatt setiap hari.
Ia sekali gus membolehkan tenaga yang diperlukan dapat dibekalkan kepada teksi terbang - yang diklasifikasikan oleh pereka sebagai kenderaan udara autonomi penumpang EH216.
Teksi terbang itu direka seperti dron komersial yang besar, dengan lapan rotor berkembar di bahagian tengah kokpit penumpang .
Tidak seperti helikopter tradisional, pesawat EH216 yang berkuasa elektrik tidak memerlukan penumpang untuk memandu dan menavigasi mereka, sebaliknya berkonsepkan 'point-to-point direct flight'.
Bagaimanapun, lokasi sebenar menara berkenaan masih belum diumumkan.
Para pemaju memaklumkan mereka sudah merancang konsep sama di seluruh Eropah dan Asia Tenggara.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Hasimi Muhamad
Sat Mar 20 2021
Konsep pembinaan menara tersebut membolehkan para pelancong menikmati makan mewah sambil menyaksikan kehijauan hutan belantara dengan berlatar belakangkan gunung-ganang di Itali. - Gambar Instagram/Giancarlo Zema
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Dua pelancong asing maut, pokok besar tumbang di lokasi popular Bali
Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pekan itu mempunyai nilai warisan yang signifikan manakala bangunan lama di Papan masih utuh dan mempunyai keunikan seni bina tersendiri.
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
Jangan abaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - Titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pahang berpotensi bangunkan 'Safari Park'
Kawasan hutan seluas 202.3 hektar di Temerloh sesuai dibangunkan sebagai taman safari itu, yang akan memberi satu lagi nilai tambah.
Malaysia catat trafik penumpang udara 80.3 juta bagi 10 bulan pertama 2024
Trafik penumpang udara Malaysia bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 80.3 juta.