PETALING JAYA: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menghadiri majlis Hijab Fashion Award 2024 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Ketibaan baginda pada 8.17 malam diiringi oleh isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Hijabista dan Mingguan Wanita, Kiffy Razak berkata, penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
"Tujuan kami adalah untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan wanita yang telah memberikan sumbangan besar dalam membentuk dan memajukan industri fesyen berhijab serta memberi inspirasi kepada generasi masa depan mengejar impian dalam bidang ini," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Seramai 13 penerima anugerah pada majlis tersebut antaranya pempengaruh Muabellaz yang memenangi kategori Hijabista Influencer, Hijabista Styling (Didiyana Ehsan), Hijabista Most Glam(Rozita Che Wan), Hijabista Legend (Noor Kumalasari), Hijabista Achievement ( Vivy Yusof) dan Hijabista Inspirational (Maryam You Narae).
Pada majlis itu juga, jenama Leeyanarahman dinobatkan sebagai penerima Hijabista Fashion Brand Award sekali gus mengiktiraf kejayaan usahawan dan pengasas jenama itu iaitu Nur Liyana Abdul Rahman dalam membina empayar fesyen dan mencetus fenomena tersendiri dalam kalangan peminat fesyen hijab.
Majlis itu turut diserikan dengan peragaan koleksi fesyen sempena lebaran tahun ini daripada jenama Leeyanarahman dan pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill.
- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan menghadiri Majlis Hijab Fashion Award 2024 di sebuah hotel malam tadi. - Foto BERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.
Permaisuri Norashikin berangkat ke Program World Animal Day 2024
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat menghadiri Program World Animal Day 2024.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadiri majlis ‘Hijab Fashion Award’
Penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
Tengku Permaisuri Selangor berangkat hadiri World #QuranConvention
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat menghadiri The World #QuranConvention 4.0, di sini hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Pameran Rahsia Kebaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Pameran Rahsia Kebaya yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara.
Universiti perlu tingkat kualiti pengajaran, pembelajaran - Tengku Permaisuri Selangor
Peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan pusat kurungan haiwan terbiar
Teliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.
Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri
Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.