awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada caj tambahan bagi beg plastik biodegradasi

Bernama
Bernama
21/04/2018
10:01 MYT
Tiada caj tambahan bagi beg plastik biodegradasi
Kompaun maksimum hingga RM2,000 akan dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang gagal mematuhi larangan penggunaan beg atau bekas plastik dan polisterin. - Gambar hiasan
Mana-mana peniaga dan penjaja yang didapati mengenakan caj tambahan pada pengguna bagi beg plastik boleh urai (biodegradasi) akan dikenakan kompaun.
Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd berkata DBKL telah mewajibkan semua premis perniagaan dan penjaja untuk hanya menggunakan beg plastik jenis biodegradasi bagi memelihara dan memulihara alam sekitar berkuat kuasa 1 Jan 2017.
"Justeru, pengguna dinasihatkan untuk melaporkan kepada DBKL sekiranya mereka dikenakan caj tambahan oleh premis perniagaan terhadap penggunaan beg plastik jenis biodegradasi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan 'Jom Bersih Bukit Bintang 14' di sini, hari ini.
Mohd Najib turut meminta pengguna untuk melaporkan sekiranya mendapati mana-mana premis perniagaan yang masih menggunakan beg atau bekas plastik biasa.
"Kompaun maksimum hingga RM2,000 akan dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang gagal mematuhi larangan penggunaan beg atau bekas plastik dan polisterin," katanya.
Bertemakan 'Jom Bersih Bukit Bintang 14', program gotong-royong anjuran bersama DBKL dengan Bukit Bintang Central Environmental Committee (BBCEC), melibatkan penyertaan kira-kira 1,000 pelajar sekolah dari sekitar ibu kota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#beg plastik
#caj tambahan
#DBKL
#kompaun
#Mohd Najib Mohd
#peniaga
#penjaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan