BACHOK: Tuak yang juga dikenali nira kelapa lebih sinonim semasa Ramadan namun permintaan yang tinggi sempena Aidilfitri mendorong pengusaha meningkatkan hasil tuaian.
Pengusaha Mohd Suhaimi Jusoh, 47, berkata pada masa ini dia mampu mengeluarkan produk tuak sebanyak 100 liter sehari dengan bantuan anak-anak.
Beliau berkata permintaan meningkat kerana pelanggan menggunakan tuak untuk dijadikan 'nise' cair (manisan gula melaka cair) dicicah bersama rendang atau ketupat tawar pada hari pertama Syawal.
Selain itu, terdapat permintaan tuak segar untuk dinikmati di hari raya bersama dengan juadah lain.
"Permintaan terhadap tuak untuk dijadikan manisan cair bertambah memandangkan pelanggan mengutamakan keaslian rasa tanpa dicampur dengan gula," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata pada setiap tahun menjelang Aidilfitri dan Aidiladha terdapat permintaan terhadap tuak untuk dijadikan manisan asli terutama dalam kalangan pembuat 'nise kerek' di beberapa daerah termasuk dari Bachok, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang.
"Ramadan tahun ini, permintaan meningkat menyebabkan kami terpaksa menambah tempahan botol mineral sebanyak 20,000 unit, modal kos tambahan kepada RM10,000 dan peti sejuk beku dari lima kepada sembilan unit bagi kegunaan tuak 'frozen'," katanya.
Tuak juga dijual ke pasaran antarabangsa iaitu ke Singapura dan Korea Selatan dengan menggunakan bantuan ejen jualan di Johor.
"Bagaimanapun, terdapat kekangan seperti tuak dalam bentuk cecair menjadi bergas dan mudah meletup manakala bagi tuak sejuk beku pula melibatkan kos pos yang tinggi," katanya sambil menambah pelanggan dan pembekal tetap tuak kebanyakan dari Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Pahang.
Mengulas mengenai proses mendapatkan cecair tuak, ia memerlukan kemahiran mengikat bagi melenturkan hujung pucuk baru kelapa (mayang) kata Mohd Suhaimi yang mengambil masa enam bulan untuk mahir.
Bekas pekerja bidang pertanian itu berkata lebih 200 pokok kelapa ditanam untuk mengutip tuaian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Pengusaha tuak kelapa menapis sebahagian air tuak bagi mengasingkan laru (cebisan kayu cengal) sebelum di botolkan. - Foto BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.