Melihat Lego Minifigures anda yang sama sahaja setiap hari pasti membosankan dan mungkin anda ada terfikir untuk membeli yang baru.

Anda mungkin terfikir, alangkah bagus jika anda dapat menukar permainan anda itu dengan orang lain? Itulah apa yang sedang dilakukan oleh Legoland Malaysia kini.

Diberi nama Minifigure Swap, inisiatif ini merupakan satu tradisi Legoland yang lama dan popular dimana ia membolehkan penukaran Minifigures.

Pengunjung Legoland boleh menukar Minifigures mereka dengan kakitangan Legoland yang dikenali sebagai ‘Model Citizens’.

‘Model Citizens’ akan memakai patung tersebut pada lencana nama mereka dan tidak mempunyai pilihan lain untuk bersetuju dengan penukaran ini.

Pengunjung taman tema dibenarkan menyimpan Minifigures kerana mereka tidak dipaksa untuk membuat penukaran.

Sejak inisiatif ini dilancarkan minggu lepas, lebih 3,000 kanak-kanak dan mereka yang berminat dengan permainan ini menjadi aktif dalam sesi penukaran ini terutama sekali disebabkan Model Citizens kebiasannya memiliki jenis-jenis patung yang menjadi rebutan ramai.

Bagi menarik minat orang ramai, Legoland telah menyediakan kira-kira 3,000 patung popular kepada Model Citizens.

Jika anda risau anda tidak mempunyai patung seperti ini, tidak mengapa.

Bagi membantu pengunjung yang tidak mempunyai patung seperti ini, pihak Legoland akan member baucar ‘Buil a Minifigure’ (BAM) dengan setiap pembelian set makanan kanak-kanak di beberapa kedai makanan dan minuman terpilih di taman tema tersebut bermula 16 hingga 31 Mac ini.

Setakat ini terdapat kira-kira 4,000 watak Minifigures termasuk watak anggota polis, puteri raja, koboi hinggalah ke watak kumpulan sorak.