Di sebalik tuntutan tugas yang mencabar dan terikat sepanjang masa, 20 pegawai dan anggota polis berjaya menakluk Gunung Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Berbekalkan latihan intensif termasuk mendaki tangga menara pejabat setinggi 37 tingkat, kejayaan menakluk gunung tertinggi di Asia Tenggara itu berbaloi apatah lagi ia turut mengukuhkan semangat sepasukan.
Itulah kejayaan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), melalui ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
Ketua Pasukan AMLA, Datuk Khalil Azlan Chik yang mengetuai ekspedisi itu berkata, ia antara aktiviti khusus mengukuhkan semangat pasukannya sesuai dengan tanggungjawab lebih mencabar pada hari ini.
"Ia disertai 20 pegawai dan anggota pelbagai pangkat di mana kami berpecah kepada dua kumpulan memulakan pendakian kami pada 3 dan 4 Oktober lalu.
"Latihan persediaan diadakan selama enam bulan termasuk melakukan hiking di Batu Condong di Kemensah sebelum ia lebih intensif dengan mendaki tangga di pejabat kami yang terletak di Menara KPJ di Jalan Tun Abdul Razak," katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Jelasnya, segala persiapan dan pengurusan ekspedisi dikendalikan oleh Inspektor Mohd Hasnan Mohd Talaha yang mempunyai pengalaman mendaki gunung itu.
"Keutuhan kerjasama pasukan turut diuji ketika pendakian dilakukan apabila salah seorang pegawai yang menyertainya mengalami kecederaan kaki yang teruk dan hampir menggagalkan ekspedisi.
"Pegawai itu, Asisten Superintenden Norfalisa Hartini Kholin, mengalami kecederaan kaki ketika pasukan ekspedisi tiba di Laban Rata pada ketinggian 3,272 meter dari paras laut.
"Kecederaan kaki pegawai wanita itu turut menggusarkan ketua pasukan kerana objektif ekspedisi adalah memastikan kesemua peserta berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu," ujarnya.
Kata Khalil, kecederaan itu sekali gus tidak memungkinkan untuk Hartini meneruskan perjalanan dan akan merencatkan tujuan sebenar ekspedisi pasukan AMLA.
"Alhamdulillah, pasukan AMLA ini dianggotai individu dari pelbagai latarbelakang, dan salah seorang daripada pegawai berpangkat Inspektor turut memiliki pengetahuan fisioterapi.
"Inspektor Zul Helmy Abd Halim memberi rawatan fisioterapi kepada Hartini dan kecederaan itu dapat dikurangkan sebelum kami dapat meneruskan pendakian terakhir ke puncak," katanya.
Tambahnya, kesungguhan Hartini menamatkan pendakian ke puncak berhasil apabila dia menjadi peserta keempat tiba di kemuncak Gunung Kinabalu selepas melakukan pendakian kira-kira empat jam.
"Apabila tiba di puncak Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter, segala usaha dan latihan terasa berbaloi malah saya sendiri hampir menitiskan airmata biarpun bukan kali pertama menakluk puncak tertinggi Asia itu.
"Saya nampak kesungguhan dan keutuhan pasukan ini yang saling bantu membantu apatah lagi ada di antara kami yang tak pernah melakukan aktiviti lasak seumpama ini.
"Hakikatnya, biarpun ia bukanlah satu aktiviti rasmi PDRM, namun ekspedisi dapat memperkukuhkan lagi semangat satu pasukan AMLA yang kami tanamkan selama ini," katanya.
Melihat ke depan, Khalil melahirkan keyakinan banyak lagi ekspedisi yang akan dilakukan oleh pasukannya jika masa mengizinkan.
Astro Awani
Tue Nov 20 2018
Sebahagian daripada pegawai polis bergambar kenangan di Gunung Kinabalu sekali gus membuktikan semangat pasukan sesuai dengan tanggungjawab lebih mencabar pada hari ini. - Gambar fail
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
Warga emas maut, kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas dalam kemalangan di Setiu.
Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.
Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes AMLA Muhyiddin.
Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.
Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.
Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta
Bekas pengarah syarikat penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta
Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta.