KUALA LUMPUR: Demensia merupakan satu keadaan kesihatan yang menjejaskan daya ingatan, berfikir serta kemampuan melakukan kegiatan harian, dan lazimnya dialami oleh mereka yang sudah lanjut usia.
Justeru, unjuran Malaysia berstatus negara menua kira-kira enam tahun lagi pada 2030, iaitu apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas merangkumi 15.3 peratus daripada populasi, risiko peningkatan kes individu mengalami demensia juga bertambah.
Setakat ini juga demensia tidak mempunyai penawar.
Bagaimanapun, kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus.
"Kajian kami sebelum ini berkaitan jus buah tropika, menunjukkan kesan perlindungan terhadap demensia. Ini mendorong kami melihat pada kebaikan ulam-ulaman, dan kami dapati ulam raja adalah ulam terbaik kerana mengandungi kadar polifenol yang tinggi," kata ketua penyelidik, Prof Dr Suzana Shahar kepada Bernama.
PERTAMA DI DUNIA
Jelas Suzana yang juga Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM, polifenol adalah agen pencegah kecelaruan fungsi kognitif (MCI) atau keadaan prademensia yang cukup berkesan kerana mampu meningkatkan tahap antioksidan dalam darah dan membina sel neuron yang baharu.
"Polifenol ini penting dari segi penjagaan kesihatan otak kerana pigmen dalam ulam raja ini mampu menembusi sistem peredaran darah dalam otak serta merangsang sel-sel di bahagian dorsolateral prefrontal cortex (bahagian otak yang dikaitkan dengan kawalan kognitif), sekali gus meningkatkan fungsi kognitif global," jelasnya.
Menurut beliau, polifenol sukar ditemukan dalam buah-buahan dan sayur-sayuran lain.
"Ada produk kesihatan lain yang memanfaatkan polifenol, namun biasanya untuk merawat penyakit kencing manis dan hipertensi. Kami adalah pasukan penyelidik pertama (di dunia) yang berjaya menghasilkan produk sebegini," katanya.
Menurut beliau, menerusi kajian yang bermula pada 2017 dan menggunakan geran Kementerian Pendidikan Tinggi, pasukannya menghasilkan ekstrak ulam raja dalam bentuk cecair yang kemudian diadun dengan quercetin dan quercitrin serta ekstrak buah-buahan beri bagi dijadikan produk makanan kesihatan tambahan.
"Kami berjaya pasarkan produk yang dinamakan MindLumina ini pada November 2023 menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat swasta, iaitu Aurora Health Sdn Bhd," kata beliau.
UJIAN KLINIKAL DUA TAHUN
Mengulas lanjut, Suzana berkata, penghasilan MindLumina menempuh proses yang ketat, termasuk ujian klinikal melibatkan sukarelawan selama dua tahun bermula 2018.
"Pada peringkat awal, pasukan penyelidik bekerjasama dengan Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia bagi menghasilkan serbuk ulam raja yang kemudiannya dipatenkan dan dilesenkan di bawah Aurora Health.
"Kemudian kami kumpulkan 48 orang warga emas berusia 60 ke atas di sekitar Lembah Klang bagi menjalani ujian klinikal ini. Kesemua mereka mengalami MCI namun berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit serius seperti buah pinggang atau hati," jelasnya.
Beliau berkata, sukarelawan terbabit dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu yang mengambil ekstrak serbuk ulam raja dalam bentuk kapsul dan satu lagi mengambil plasebo (kapsul tanpa ekstrak ulam raja).
"Mereka perlu mengambil dua kapsul setiap hari selama tiga bulan dan perlu menjalani beberapa ujian kognitif global, termasuk menjawab beberapa set soalan Profile of Mood States (POMS), selain perlu melalui Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI) bagi mengesan rangsangan aktiviti dalam otak," katanya.
Menurut Suzana, mereka yang mengambil kapsul ekstrak ulam raja mengalami peningkatan rangsangan fungsi otak berkaitan daya ingatan berbanding kumpulan yang mengambil plasebo.
"Kami dapati berlaku peningkatan hampir 6.7 peratus fungsi kognitif global, pengurangan 36.7 peratus terhadap tekanan emosi, 20.9 peratus peningkatan memori dan fokus, serta pengurangan 7.2 peratus gangguan mood," katanya.
Ringkasnya, kata beliau, hasil ujian menunjukkan sukarelawan yang mengamalkan pengambilan ekstrak ulam raja itu mengalami perubahan positif dari segi daya ingatan dan memori berbanding sebelum pengambilan makanan kesihatan tambahan tersebut.
JAGA PEMAKANAN
Suzana bagaimanapun berkata, wujud keperluan menjalankan kajian seumpama itu dengan melibatkan saiz sampel lebih besar serta tempoh kajian yang lebih lama bagi mengukuhkan dapatan penyelidikan.
Produk MindLumina yang menerima Anugerah Emas bagi kategori Perubatan dan Penjagaan Kesihatan pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2022 (PECIPTA 2022), boleh didapati di farmasi sekitar Lembah Klang serta sesuai untuk mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas.
Bagaimanapun, beliau menasihati mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Pada masa sama, Suzana mengesyorkan masyarakat mengamalkan pengambilan ulam-ulaman bagi mencegah demensia, selain mencontohi gaya hidup warga emas di Jepun yang banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau serta aktif melakukan senaman fizikal dan mental.
"Tidak dapat disangkal, ada warga emas di negara ini lebih gemar duduk sahaja serta kurang melakukan senaman fizikal dan mental. Tabiat ini tidak bagus dan perlu diubah.
"Kita perlu ubah gaya hidup memandangkan laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dalam kalangan warga emas di Malaysia mendapati kadar kelaziman demensia adalah 8.5 peratus pada 2018 dan dijangka meningkat pada masa akan datang seiring penuaan populasi.
"Keadaan ini tidak termasuk kadar kelaziman penyakit tidak berjangkit yang juga dijangka terus meningkat setiap tahun, menjadikan masalah ini satu 'double killer' terhadap institusi kesihatan awam negara," katanya dan menambah, semua pihak perlu bertindak secara proaktif bagi memastikan rakyat menua secara sihat dan terus produktif menyumbang kepada negara tanpa beban penjagaan kesihatan dan sosial yang tinggi.
- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus. - Gambar fail
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.
Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak
Aliff berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies
Enggan tuding jari pada Bella Astilah yang didakwa menjadi dalang, sebaliknya, anggap itu kesilapan sendiri.
Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim
Inisiatif itu akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
HRD Corp peruntuk RM10 juta program kemahiran belia India
Dana RM10 juta yang diperuntuk di bawah HRD Corp bagi pelaksanaan inisiatif Kemahiran India Malaysia (MISI) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)-Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) akan diguna bagi menyediakan program peningkatan kemahiran kepada golongan belia komuniti itu di negara ini
Kekurangan jururawat diunjurkan hampir 60 peratus 2030
Kekurangan jururawat diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dalam menangani isu ini, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dalam menangani isu ini, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Negara kekurangan 30,000 ribu jurutera - PM Anwar
Malaysia ketika ini berhadapan kekurangan 30 ribu jurutera.
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kelompongan profession itu di negara ini.
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kelompongan profession itu di negara ini.
"I’m sorry" - Aliff Aziz menangis teresak-esak mohon maaf pada Bella Astillah
Aliff Aziz akhirnya bersuara, mengaku salah dengan tindakan yang dilakukannya.
PM yakin kenaikan gaji penjawat awam dapat sokongan Ahli Parlimen
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam lebih 13 peratus, mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen.
Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly
Kerjasama sektor awam dan swasta dapat bantu atasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Ulam raja boleh cegah demensia - Penyelidik UKM
Kajian sekumpulan penyelidik daripada (UKM) mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus.