Mana tidaknya, pesara kerajaan yang kini bekerja sebagai penulis petisyen berlesen ini, mempunyai nama yang unik iaitu Umno bin Abdullah.
Kerana namanya itu, Umno terpaksa mengeluarkan kad pengenalan bagi menyakinkan orang ramai itu memang namanya yang sebenar.
Warga emas ini dilahirkan setahun selepas penubuhan parti UMNO pada 1946 dan diberi nama oleh bapanya, Abdullah Ariffin yang ketika itu menjadi penghulu di Mukim Mata Ayer, Chuping.
Bagaimanapun menurut Umno, pada sekita tahun 90-an, dia digesa oleh anak-anaknya untuk menukar nama kerana mereka sering diejek rakan.
Oleh yang demikian, dia terpaksa akur dan meletakkan nama kedua sebagai Anuar di kad pengenalan.
Sungguhpun begitu, tiada langsung terselit di dada rasa malu diberi nama Umno.
Pesara kerajaan berusia 71 tahun ini kini bekerja sebagai penulis petisyen berlesen. - Astro AWANI/Salim Aziz
"Saya berbangga dengan nama Umno. Saya tidak pernah terfikir untuk menukarnya kerana saya memang bangga dengan nama ini."Namun atas desakan anak-anak saya terpaksa menukar nama," jelasnya.
Umno merupakan anak kedua daripada lapan adik-beradik.
Seorang lagi adiknya juga mempunyai nama unik iaitu Zulkarnain Malaysia, namun yang lain mempunyai nama yang biasa.